Pages

Thursday, 6 December 2012

Siti Syahirah has added you on SkillPages

SkillPages
Hi,
Become a part of your friend's network.
Siti Syahirah
Invite sent: 5 December, 2012
Continue
aidagorgeous19.syira@blogger.com was invited to join SkillPages by Siti Syahirah. To stop receiving emails from SkillPages click here.
© 2012 SkillPages, Blackrock Business Park, Dublin, Ireland and 228 Hamilton Avenue, 3rd Floor, Palo Alto, CA 94301.

Saturday, 9 June 2012

Puaka ~

Haiii semua. Sorry la kebelakangan ni aku betul-betul sibuk. Tak sempat aku nk update blog aku yg dah penuh dengan sarang spider ni. Kisah kali ini diceritakan oleh salah seorang rakan FB ku, yg ingin dikenali sebagai Aisha Effendy. Aku copy and paste kat blog aku supaya u all semua dapat membaca dan terhibur. Kalau nak tunggu cerita dari pengalaman aku atau syira u all kena tunggu sebab kami betul-betul sibuk ditambah bulan ramadhan yang mulia bakal tiba tak lama lagi. Jika u all ada pengalaman yang ingin dikongsikan, email sahaja syira di insyirah23@gmail.com atau boleh terus email aku di aidagorgeous19@gmail.com. Segala kisah anda akan kami paparkan tanpa di edit.


Okay lah semua, aku nak sambung kerja aku yg berlambak ni. Semoga terhibur. ^_^
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "Aisha Effendy" <notification+zj4o__sca6t6@facebookmail.com>
Date: Thu, 7 Jun 2012 23:42:50 -0700
To: PUAKA 13<323154787761280@groups.facebook.com>
ReplyTo: Reply to Comment <g+41dv30qv000zg4h04b0g0039u6xfvf2s0036jr9d0ups23046@groups.facebook.com>
Subject: [PUAKA 13] Salam hormat semua Memberz Puaka 13 yg best of...

Salam hormat semua Memberz Puaka 13 yg best of...
Aisha Effendy 2:42pm Jun 8
Salam hormat semua Memberz Puaka 13 yg best of the best.... :)

Aisha nak selit citer sikit.. Pendek je.. Bukan citer momok tau, ni cume nak kongsi pengalaman ngeri je..

5tahon lepas Aisha pernah tinggal di rumah Aisha sendiri la di Braddell.. Satu petang tu Aisha keluar rumah, sorang je waktu tu.. Da sampai bawah blk. Tiba2 Aisha terdengar bunyik benda jatoh kuat sgt!! Rupenya betol2 depan mata Aisha org terjon diri!! Superwoman rupenye... Anjat kejap.. Nasib baik dia terjon jatoh atas tanah so Aisha tak nampak la darah dia mengalir... Dia jatoh tertiarap.. Terselak sikit dress dia... Masya Allah.. Mase tu Aisha tergamam jugak... But sebab da lambat.. Aisha tak pedulikan la.. Biar la org lain yg call police or ambulance.. Aisha tak berani pegi lebih dekat sebab da terlalu dekat da tu... Kira2 10-15metres je dari tempat Aisha tengah jln tu... Teros Aisha detour sikit naik mrt.. Nasib baik la tak kena badi kape.. Dan takde pon gangguan roh superwoman tu.. ;)

Sape2 memberz yg ade pengalaman serupe ke? Atau yg lebih kurang gitu... Kita kongsi2 la eh.. Itu saje... Masenyak! ;)

View Post on Facebook · Edit Email Settings · Reply to this email to add a comment.

Tuesday, 10 April 2012

MakCik Siput ~

Aku memang susah nak percaya cerita-cerita mistik ni..tetapi aku tak boleh nafikan kewujudan dieorang kat bumi ALLAH swt ni..dieorang pun makhluk Allah juga tetapi makhluk yang derhaka dan dimurkai Allah.tu beza antara kita dan makhluk tu. Hari ni aku ingin manceritakan satu kisah yang pernah mengemparkan dijohor suatu masa dahulu.( Sebuah kampung kecil di sekitar johor)


Cerita ni berkenaan seorang makcik yang selalu bertandang kat rumah-rumah orang untuk minta pakaian terpakai. Aku rasa sehingga kini pun masih ada makcik siput ni ( gelaran yang diberikan oleh masyarakat dahulu ). Yang peliknya makcik ni datang tanpa memberikan salam..bila ditanya ape kemahuannya, dia hanya akan menjawap
" Ada baju-baju yang tak pakai tak? Mak cik nak minta pakaian yang dah tak pakai".
Tu jawapan makcik siput itu jika ditanya.

Kenapa orang menggelarkan diri beliau makcik siput? Itu kerana makcik ni menyanggul tinggi rambutnya yang sudah beruban itu. Yang pelik tentang makcik ni, bila kite memberikan pakaian terpakai dia akan memilih dan hanya mahu yang cantik-cantik dan nampak baru?? Pelik kan?? Sudah lah mintak baju terpakai ,memilih pula tu.cerewet. Tapi itu tak seram..

Yang menyeramkan adalah jelingan matanya..bila kite berdekatan dengan makcik ni, kita boleh menghidu satu bau yang amat lah busuk..dengan badannya yang bongkok menambahkan lagi ketakutan penduduk di kampung itu. Tak cukup dengan tu makcik siput ni selalu bercakap seorang diri seolah-olah dia sedang bercakap dengan seseorang..pernah dulu seorang wanita yang sedang mengandung memberikannya pakaian terpakai tetiba je wanita itu jatuh sakit dan keguguran..


Makcik siput tu bukan setakat orang tua yang bongkok tetapi dia juga membela hantu raya..bukan satu kejadiaan seumpama itu sahaja berlaku ketika itu, malah makin ramai perempuan yang mengandung mengalami keguguran setelah berjumpa makcik siput ni. Bila malam je kelihatan makcik siput masih mengetuk-ngetuk rumah orang untuk meminta pakaian. Dengar macam tak logik tapi itu lah kisah yang pernah mengemparkan kampung itu suatu masa dahulu.fikir sikit, mana ada orang tua yang mempunyai tenaga sekuat itu, Dari pagi hingga ke malam meminta pakaian terpakai kan?


Siapakah makcik itu sebenarnya? Apakah kemahuannya? Adakah benar makcik siput itu wujud? Wallahu'allam. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Aku pun masih tak pasti adakah kisah ini benar atau kisah rekaan sahaja, yang pasti ini sahaja kisah yang dapat aku kongsikan bersama korang buat masa ini~

Sunday, 8 April 2012

Bunyi Tapak Kaki ~

Malam ni aku nak berkongsi pengalaman kakakku yang terjadi semasa dia berumur 20tahun ( sekarang umur dia 35tahun).. Kakak aku ni pun mempunyai sifat yang berani tak kena tempat..kejadian ini berlaku semasa dia dan ibuku tinggal berdua sahaja dirumah ketika itu.

Malam tu hujan renyai-renyai kakak aku sedang menonton tv diruang tamu manakala ibuku sedang memasak didapur..ibu aku memang tak boleh duduk diam..dia memang suka memasak.seingat kakak aku masa tu mak aku nak buat bubur sum-sum..masa tu kami sekeluarga tinggal di kampung melayu,JB. masa tu aku kecik lagi umur aku 9 tahun ketika itu. Masa kejadian tu aku dan yang lain pergi membeli belah, waktu tu lepas mangrib.( Mengikut kata kakak aku lah)

Sedang asyik kakak aku menonton tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki di dalam rumah kami..kakak aku ni pun buat tak peduli, dia sangka itu ibu kami..makin lama makin kuat bunyi tapak kaki itu, kadang-kadang macam bunyi orang sedang berlari..kakak aku ni tak sedap hati dan terus pergi ke dapur untuk memastikan itu bunyi tapak kaki ibuku.kakak aku terkejut kerana dia nampak ibu sedang mencuci pinggan.
" Mak, tadi mak lari-lari tu kenapa?"
"Eh ko ni, mak dari tadi kat sini je. Sudah ko jangan tegur mangrib-magrib macam ni!" Marah ibuku.

Kakak aku tak berani untuk menonton tv lagi ketika itu. Dia sanggup menunggu ibuku di dapur dan tidak mahu berganjak dari situ kerana begitu takot. Sedang kakak aku berborak dengan ibu, mereka berdua dikejutkan dengan bunyi tapak kaki orang sedang berkawat kaki!!!! Terkejut ibu. Senduk yang dipegangnya terlepas dari tangannya. Kakak terus mengigil ketakutan. Dengan kekuatan yang ada, mereka membaca ayat-ayat al-Quran yang diingati ketika itu.


Memang tersangat la takut mereka ketika itu. Siapa yang tidak takut jika mendengar bunyi begitu kan? mana ada orang kawat kaki senja-senja begini?kakak dan ibu terus berlari keluar menunngu kepulangan kami. Mereka tidak berani untuk masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu mendengar bunyi seram itu lagi. Cerita ni selalu diceritakan oleh kakak sebelum aku tidur dari kecil hingga sekarang..

Saturday, 7 April 2012

hantu

Hi petang semua.
Diharap semua yg mambaca pengalaman dan kisah seram dkt blog ni enjoy
k. Aku cuba igt blik pengalaman seram yg pernah diceritakan kat aku
dan boleh aku share dkt semua.hehe

Ini adalah pengalaman dari aku sendiri yg mengalaminya. Kisah ni
berlaku pada tahun 2000 semasa aku balik kampung. Aku susah skit nk
bgtau org pengalaman aku sbb bile aku cite aku xkn berani lg nk cite
pasni.

Seingat aku pada pukul 2pg aku btul2 x tahan sakit perut, jd aku bgun
dan menuju ke toilet di dapur rumah kampung aku. Rumah patern lama ni
toilet punye bumbung cuma alas dengan buluh besar dan plastik tebal,jd
kalau hujan janganlah membuang k pasti anda basah.

Aku turun menuju ke dapur mencari suis disebabkan x tahan satu lampu
aku bukak nk cari lilin dah x sempat. Sedang aku melangsaikan hajat
terdengar bunyi daun dan ranting dipijak,aku pikir kucing jiran kot x
tido lg. Blakang toilet ni penuh dgn pokok dan semak samun. Kebetulan
aku pandang atas ade pokok besar kat tepi. Aku pandang pokok tu punye
daun brgoyang, mungkin angin.

Sambil meneruskn hajat aku nk menuju keluar, aku dengar kuat bunyi org
berlari kat belakang. Aku ni pantang dgr bunyi memang automatik nk
menoleh tgk. Aku tgk xde pape, aku jalan selangkah aku pandang pokok
besar td blik pastu cepat2 aku lari masuk tido. Keesokannya aku tengok
blik pokok tu memang sah memula tgk mane ade pape dekat dahan tu aku
tgk semalam. Masa aku pandang kali kedua dahan tu mcm ade binatang
duduk tp xtau ape.huhu

sekian,ini pengalaman aku. Biasanya aku akan bgunkan mak aku temankan
aku tp masa tu aku dh x tahan jd x sempat dh nak bgunkan sesapa
pun.huhu
SyIRa_23

PlayGround ~

Kisah kali ni tentang playground berdekatan rumah aku..4 tahun lepas kejadiaan ini berlaku dan sehingga kini masih segar di ingatanku. sebab kejadian ini juga la aku dan adik beradikku yang lain dilarang bermain disana oleh ayahku.. Takut-takut kami pula yang jadi mangsa.


masa tu hari pertama kite menjalani ibadah puasa, aku dikejutkan dengan berita kematiaan seorang lelaki yang kurang waras. Aku agak terkejut juga ketika itu sebab petang sebelum tu aku membawa adik aku bermain disana..kematian lelaki itu akibat dihentak di kepala dengan objek keras sehingga mati,lelaki india berusia lingkungan 40an..setahu aku lelaki ni memang selalu merayau-rayau tanpa hala tujuan. Yelah, nama pun tak waras kan.


Semenjak kematian lelaki tua itu, playground tu memang sunyi. Tiada siapa yang mahu bermain disitu, tiada ibu bapa yang izinkan anak mereka bermain disitu. Ramai yang mendakwa ternampak lelaki india itu duduk di bangku playground tu, ada pula yang melihat lelaki india itu merayau-rayau sekitar playground itu..ketika itu kawasan perumahan aku ni memang agak sunyi lagi-lagi ketika waktu malam. Desas-desus itu membuatkan ramai orang takut melalui kawasan playground itu.


Dipendekkan cerita, kejadian ni berlaku semasa aku baru pulang dari kerja pada pukul 7.30pm. Masa tu aku naik bas je pergi dan balik kerja. Kebiasaannya selepas turun dari bas aku terpaksa berjalan kaki untuk kerumahku itu. Ketika itu aku memang lupa tentang kisah lelaki india itu. Aku pun melalui kawasan itu sendirian, tetiba aku terpandang playground tu dan aku nampak seorang lelaki india sedang bercakap sendirian.


Aku tak pernah melihat secara terang muka lelaki yang mati itu, jadi aku pun pandang dan manyangka lelaki itu sedang mabuk atau tak waras.. Tetapi tetiba bulu roma aku berdiri tegak.
" Pehal pulak ni" aku membebel sendirian. Masa tu memang waktu senja pula tu. Makin lama suara lelaki itu kedengaran semakin kuat, dan aku dapat melihat lelaki itu melambaikan tangannya kepadaku sambil tersengih. Ngerinya aku tengok muka dia, muka dia macam ada banyak kesan luka dan parut. aku dah mula takut dan berlari tanpa mempedulikan suara lelaki india tu. Sampai sahaja dirumah, ibuku bertanya kenapa aku seperti dikejar perompak, aku pun menceritakan kejadian tadi kepada ibuku dan dia naik angin sebab dia sudah beberapa kali melarang aku melalui kawasan itu..


Aku ni pelupa orangnya..sejak hari tu aku tidak melalui kawasan itu jika aku berseorangan dan berjalan kaki. Playground tu sampai sekarang sunyi. Yang ada hanya lAh beberapa orang budak sahaja yang biasanya bermain disitu. Mungkin mereka orang baru di kawasan tu dan tidak mengetahui apa yang terjadi di playground itu.. Jangan lah korang lalu kawasan tu pada malam hari.. Korang mesti akan dengar jeritan atau suara lelaki india itu dan kes kematiaannya itu tiada khabar berita sehingga sekarang...

Pemandu Lori ~

Kisah kali ni adalah pangalaman dari salah seorang rakan adik iparku..aku pun sebenarnya cukup takot nak taip ni tapi aku nak juga berkongsi cerita ini dengan korang..kawan adik ipar aku ni namanya saiful dan ceritanya bermula apabila...


Saiful adalah seorang pemandu lori.ala lori yang besar-besar macam lori traler tu( tak tau ejaan aku betul tak)..hari kejadian tu dia ditugaskan untuk menghantar muatan itu ke melaka..malam tu dia bergerak dari tempat kerjanya pada pukol 10malam, bukan apa dia tak nak terlambat menghantar barang-barang itu kerana mengikut kata managernya barangan ini urgent dan harus sampai sebelum subuh.. Jadi saiful ni pun memandu lorinya itu dengan cermat..

Dia memandu seorang diri kerana kawannya tidak dapat mengikutnya kerana terpaksa mengambil MC kerana demam yang agak teruk. Malam tu adalah malam jumaat..sebelum tu kawannya ada berpesan kepada saiful supaya jangan pernah berhenti jika ada sesiapa yang menahan lorinya bila tiba di pagoh, jalan terus sahaja..tetapi saiful tidak menghiraukan pesanan rakannya itu kerana baginya itu semua itu tahyul dan tak patut di percayai..

Dia pun memandu tanpa berfikir apa-apa. Yang pasti dia hanya ingin cepat ke destinasi yang ingin ditujuinya..saiful hanya memasang radio di lorinya dengan suara yang perlahan untuk menahan matanya dari mengantuk..bekalan makanan dan minuman yang disediakan oleh isterinya masih tidak diusik..die menjeling jam ditangan.." Ah, baru pukul 11.30 rupenya", keluhnya sendirian..saiful meneruskan perjalanannya dan sampai sahaja di pagoh...

Dalam samar-samar dia melihat kelibat 3 orang yang berada di tengah-tengah jalan..dia memerlahankan pemanduannya dan diamatinya kelibat itu adalah seorang wanita pertengahan umur,seorang budak perempuan berusia sekitar 13tahun dan seorang budak lelaki mungkin berumur 5 tahun..saiful terus teringat akan pesanan rakannya pagi tadi.Dia terus meneruskan pemanduannya dan tidak menoleh ke arah mereka yang menahan lorinya itu.lepas je dari tempat dimana lorinya ditahan, dia memandang side mirror orang-orang tadi sudah tiada di situ dan alangkah terkejutnya dia apabila ketiga-tiga mereka berada bersebelahan dengannya!!!

Dia terkejut lantas tidak dapat mengawal pemanduannya dan terus terbabas dan mengami kemalangan kerana panik dan tidak dapat mengawal lorinya itu..selepas sebulan kejadiaan itu barulah saiful menceritakan pengalaman itu kepada adik ipar aku..tetapi selepas kejadian itu dia tidak berani untuk melalui kawasan itu lagi kerana ini bukan mitos tetapi ini adalah kisah benar yang selalu berlaku kepada pemandu lori yang membuat perjalanan pada waktu malam..dia agak menyesal kerana tidak mempedulikan nasihat rakannya itu dan ingat lah..setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahui segala kejadian dan kejadian yang berlaku hanya dengan izin-NYA sahaja.

Penumpang Teksi ~

Pengalaman ini juga dari salah seorang rakan adik iparku. Adik ipar aku memang suka benda-benda advanture macam ni..lagi-lagi bab seram-seram ni..kisah ini di alami oleh rakannya yang bernama haji Noh..haji Noh ni memang warak plus dia ni imam kat masjid mana entah, aku dah terlupa lah pulak sebab banyak sangat yang dia share kat aku malam kelmarin.

Kejadian ini bermula apabila haji noh ni memandu teksi ketika waktu malam.. Macam ni lah tugas pemandu teksi, tak kira siang ke malam membanting tulang mencari pendapatan untuk mencari rezeki yang halal. Haji noh ni memang rajin,dia jarang berehat or cuti semenjak menjadi pemandu teksi ni sejak 6 tahun lalu. Malam tu selepas haji noh makan malam bersama isterinya, dia terus menyambung tugasnya pula.


Malam itu memang sunyi..susah nak dapat penumpang..entah mengapa dia tergerak hati ingin ke kawasan lama yang seakan-akan sudah lama terbiar ..haji noh memandu perlahan-lahan. Mana tau ada penumpang di situ, maklum saja la tempat sunyi macam tu susah untuk mendapatkan teksi.sedang haji noh terjenguk-jenguk ke kiri dan ke kanan, dia terlihat seorang wanita menahan teksinya.." Ye dik, nak ke mana?" Tanya haji Noh
" Saya nak ke kawasan depan tu", kata wanita itu sambil menunding jari kearah kawasan yang gelap gelita tu.
" Masuk lah dik, nanti adik tolong tunjukkan jalan ya, sebab abang tak pernah masuk tempat tu" jawap haji noh secara jujur.


Setelah wanita itu masuk ke dalam teksinya, haji noh dapat menghidu bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam teksi beliau. Haji noh hanya mengucap di dalam hati ketika itu. Kemudian die memandang wanita terbabit melalui side mirrornya dan dilihatnya wanita itu hanya tunduk dan berdiam diri. Sesekali kedengaran wanita itu tersedu-sedu seperti sedang menangis. Haji noh tidak ingin bertanya , takut-takut wanita itu akan marah kerana itu bukan masalahnya. Wanita itu tiba-tiba bersuara
" Abang, tolong berhenti kat hujung tu ya", haji noh hanya mengangguk dan die agak hairan kerana dia tidak pernah melihat kawasan itu sedangkan dia tau selok-belok area JB.
Setelah sampai di tempat itu, haji noh memberhentikan teksinya dan memandang belakang, wanita itu sudah tiada disitu..dia menggaru-garu kepalanya.masa tu yang ada dikepalanya hanyalah hairan. Kemudian dia pun memecut laju keluar dari kawasan misteri itu tetapi gagal mencari jalan keluar.

Isteri haji nah begitu risau kerana suaminya tidak pulang selama dua hari tanpa khabar berita.
selepas dua hari tu isteri haji noh dikejutkan dengan berita suaminya dijumpai pengsan dan sekarang berada di hospital akibat dua hari tidak makan!! Kemana suaminya pergi selama dua hari ni?? Ni bukan kali pertama haji noh mengalami perkara seperti itu.selepas sedar dari pengsan, haji noh menceritakan apa yang terjadi kepadanya..dia tidak dapat mencari jalan pulang selama dua hari!!bila dia memandu teksinya, dia tetap di tempat dia mengambil penumpang wanita itu walaupun berkali-kali dia mencuba mencari jalan keluar...dengan berbekalkan tenaga yang sedikit itu dia mula membaca surah-surah al-Quran..dan dengan izin Allah dia dapat menemui jalan pulang walaupun dalam keadaan yang begitu lemah..begitu hebatnya kuasa Allah SWT..

Yang menjadi tanda tanya haji Noh adalah wanita itu, siapakah wanita itu? Mengapa dia tidak dapat mencari jalan keluar walaupun sudah berkali-kali dia memandu dan mencari jalan keluar di kawasan itu. Adakah itu bunian?? Hanya DIA saja yang mengetahui apa yang terjadi kepada Haji Noh ketika itu.

~Gambar diatas adalah hiasan semata-mata~

Friday, 6 April 2012

Kisah Seorang Rakan

Selamat malam.

Malam ni aku nak share pengalaman seram seorang kawan,nama die dh
minta dirahsiakan jadi aku panggil Najwa(bukan nama sebenar) je k.
Pengalaman yg die cite kat aku pada tahun 2002 seingat aku. Pengalaman
dari asrama, aku juga diminta supaya jangan bgtau asrama mane kerana
sebab tertentu. Sebut asrama semua orang dah sinonim dengan kisah
seram kan? heheh apa-apa yg di ceritakan diharap semua readers blog ni
enjoy.

Pada tahun 2002 Najwa diminta oleh mak dan ayah die untuk tinggal di
asrama. Najwa ni anak tunggal jd mak dan ayah nak yang terbaik untuk
anak dieorng, die jugak boleh belaja berdikari semasa duduk asrama
nanti. kejadian seram ni terjadi lebih kurang pada pukul 2 atau 3 pagi
Najwa x dapat tidur mungkin rindu pada  mak dan ayah die. Disebabkan x
dapat tido Najwa menuju ke toilet untuk membasuh muka, keadaan semasa
menuju ke toilet sangat sunyi terdengar bunyi tapak kaki dari belakang
tapi Najwa ni x menoleh dan jalan mcm biasa.

Sampai di toilet, Najwa terus ke singki dan membasuh muka, apabila die
pandang cermin die nampak pintu toilet ditutup, mungkin ade org masuk.
Selesai membasuh muka die sempat pandang pintu toilet td, dengan rasa
nak tau ade org ke x Najwa pegi tolak pintu toilet tu. Apabila pintu
ditolak, Najwa ni btul2 terkaku tambah terkejut ape yg dilihat pada
masa tu. Terus  die lari keluar sambil membaca ayat suci Al-Quran
dalam hati sambil menuju ke bilik.

Keesokkan hari Najwa deman akibat dilihatnye semalam. Apa yg dilihat
oleh Najwa ialah mahkluk kecil yg sedang makan sesuatu yg berlendir
dan berdarah. Keadaan dalam toilet pada pg tu agak malap sebab byk
lampu yg dh rosak ditambah lak toilet tu x ramai yg guna sbb byk
kerosakan.

 Sekian.


Memang mengerikan sebab aku x penah masuk asrama, tapi pada masa tu
dengar kisah seram dari mereka yg tggl kat asrama aku langsung x
berani nk jejakkan kaki ke sana.hahaha


(gambar ini hiasan sahaja)

SyIrA>_<

Thursday, 5 April 2012

Toilet Di Stor Sheila ~

Panas gile ni. Luntur make up aku , fuhhhh lain kali nak pakai sunblock lah kan. Ni pengalaman seorang dari kawan aku, sheila..aku call die lama tu sebab nak tau pengalaman yang die alami baru-baru ni..die taknak cite kat aku tapi aku paksa ni sebab nak buay koleksi kat blog aku ni. Biar bertambah seram kan;)



Sheila ni dah setahun bekerja di sebuah syarikat C ni yang terletak di damansara( aku tak nak sebut mana tempatnya k)..sheila ni penakut sbb tu sifat die dr dulu pun.di pendekkan cite, Kat tempat die bekerja ni di bawah bangunannya ade satu bilik stor yang akan di renovate lah( blm start renovate lg. Ntah bile die pun tak tahu).. So sheila ni terpaksa turun ke bawah selalu untuk check stock and buat kerja-kerja die lah kat sana.



Jadi bekalan air ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja baik pulih, so kire takkan ada air lah kat stor tu..disebabkan tangki di toilet tu bocor juga lah bekalan air terpaksa ditutup..dah banyak kali bahagian management discuss nak renovate tapi sampai sekarang habuk pun takda.satu hari tu sedang sheila menjalankan tugasnya seperti biasa tetiba dia lupa ada barang dia yang tertinggal kat stor bawah tu. So dia pun bergegas lah turun ke stor.


Sampai je kat stor tu, die pun ambil lah barang yang dia lupa nak ambil tadi..tetiba tu dia terdengar bunyi orang sedang flush toilet!!! ( Kalau kite dah habis guna toilet kan kite flush, mcm tu lah). Sheila ni ingat salah satu staff kat situ sengaja on kan kejap, yelah mana tau ada org nak buang air ke apa kan. Dia pun buat tak tahu dan ingin mencuci tangan di singki stor tu. Stor kan berhabuk..dia pun pusing lah kepala paip..


Alangkah terkejutnya Sheila yang air takda!! Waduhhhh!! Dah lah sheila ni penakut. Habis gigil satu badan die. Apa lagi dia pun cepat-cepat blah dari situ dan mengunci semula pintu stor tu dan cepat-cepat berlari menuju ke officenya semula..sampai sahaja diatas dia terus duduk dan menyambung semula tugasnya tetapi otaknya masih ligat berfikir, siapakah yang flush toilet tadi???

Wednesday, 4 April 2012

Siapa Yang Bagi Tisu Tu Tadi? ~

Sorry, aku busy sikit sekarang and tak dapat nak update bebanyak macam bulan lepas..kali ni aku nak berkongsi pengalaman misteri aku ketika berada di pejabat tempat aku bertugas dulu..kisah ni terjadi 3 tahun lepas.. Bangunan pejabat ni terkenal lah kat Jb, aku tak berani nak bagitau nama kawasan ini..

Masa tu seingat aku jam dah pukul 8pm mcm tu lah.. Aku kena stay back sebab nak siap kan paper work yang tak sempat aku buat pada pagi tu sebab banyak sangat kerja yang harus aku siapkan. So aku pun buat lah kerja aku macam biasa kat dalam office aku..aku dah rase betul-betul mengantuk dan letih sebab minggu tu memang aku super busy..tidur pun sampai lewat malam, makan pun tak sempat kekadang tu..


Sedang aku menghadap pc aku terasa ingin membuang air kecil, banyak minum kopi kot, yelah nak hilangkan rasa mengantuk plus aku ni penggemar kopi. Aku terus bangun dari kerusi aku dan berjalan ke arah toilet yang berada dekat dengan pantri. Aku pun masuk lah toilet..selepas membuang hajat aku terlupa nak bawa tisu kebetulan tisu kat toilet tu pun dah habis


" Aiii cleaner ni memang tak guna lah, tisu pun malas nak tukar!", aku menyumpah-nyumpah di dalam hati. Tetiba kedengaran ketukan di pintu toilet tu. Aku pun tanya lah "siapa tu?" Tanpa aku ingat yang sebenarnya hanya tinggal aku sahaja di pejabat ketika itu. Aku pun membuka sedikit pintu toilet tu sebab ketukan tu semakin kuat, " ye ,nak ape?" Aku ni pergi lah tanya orang tu. Dah lah orang tu tak bersuara dari tadi. Aku nampak ada tangan menghulurkan tisu kepada aku. Aku tak fikir panjang terus ambil dan siap cakap thanks lagi tu!!!


Selepas aku keluar dari toilet aku tercari-cari siapa yang menghulurkan tisu tadi sebab pelik kan aku tak cakap ape, orang tu macam dah tau je yang aku perlukan tisu ketika itu. Aku tak nampak pun sesiapa kat situ..aku berjalan ke arah bilik aku sambil meninjau-ninjau mana tau ada orang lagi kan. Aku baru teringat yang semua orang dah balik. Hanya tinggal aku sahaja di pejabat malam tu. Pehhhhhh..berderau badan aku..biar betul!!! Aku pun call lah security office aku then tanya, aku terkejut sebab guard tu cakap aku je yang belum balik sebab dia dah ronda banyak kali dalam office tu tadi!!

Pucat terus muka aku!! Mak aiiii dah lah penat, ade pula tetamu tak diundang.. Aku terus kemas meja aku lepas tu terus blah dari situ. Tak sanggup aku nak bertemankan benda tu malam-malam macam tu. Kalau korang nak tau, try lah ye!! Eeeiii..seramm tau tak!! Tu lah last aku stay back sampai malam, jika ada kerja aku buat kat rumah aje.. Aku tak nak kena macam tu lagi..memang cari pasal lah kalau aku nak balik lewat lagi!!

Kemayan City Berhantu

Salah Naik Lift ~

Ni pengalaman aku sendiri tau... Aku ni takda lah jumpa hantu ni face to face but aku banyak kali kena gangguan-gangguan macam ni..aku pun confuse sama ada itu hanya perasaan aku or itu realiti..syaitan ni suke kat orang yang penakot tetapi aku bukan dari golongan hati kecik gitu..

Masa kejadiaan tu aku ni nak pergi umah kawan aku yang terletak di KL, aku taknak nyatakan nama tempat ni..die punya rumah jenis penthouse..so mestilah tinggi dan besar. Plus suasana pun best gile..kawan aku ni kire somebody punya keturunan lah kan..penthouse die tingkat 23..so aku fikir naik lift je sebab before that dia dah bagi akses kad untuk naik terus ke penthouse die..aku melangkah menuju ke arah lift penthouse tersebut..aku menekan butang naik..

Setelah beberapa ketika lift tu pun terbuka dan aku terus melangkah masuk dan menekan tingkat 23. Baru sahaja lift tu tertutup, aku dapat merasakan seperti orang meniup telinga aku!! Aku pun terus berpaling untuk melihat jika ada sesiapa di lift tu, tp seingat aku tadi memang takda orang..aku perhatikan sekeliling memang takda orang..meremang bulu roma aku, dah lahg lift die besar..selepas tu aku dapat merasakan bahu ku disentuh oleh seseorang dan tanpa berlengah aku pun memandang ke belakang, masih takda orang pun..aku dapat rasakan lift ni lambat sangat bergerak . Dalam hati aku, aku hanya sempat menyebut ALLAHUAKBAR!!
Hati aku memang tak sedap lah semasa memasuki lift ini sebentar tadi..


Sekarang baru tingkat 10..bermacam-macam perasaan bercampur baur ketika tu, hanya Allah sahaja yang tahu. Dah lah handphone aku signal takda..kali ni yang paling menakotkan..aku dapat mendengar dengan jelas bunyi suara orang sedang berbisik-bisik.semakin lama semakin kuat..aku tak dapat membaca apa-apa ketika tu. Mulut aku seakan terkunci dan begitu berat sekali ketika itu. lagi 2 tingkat dah sampai..aku dah stanby untuk berlari keluar bila lift terbuka nanti. Yang aku hairan takda orang pun yang naik lift tu, hanya aku sahaja..pelik bin ajaib kan. Aku dapat rasakan yang kaki dan lututku terketar-ketar, dengan bau bangkai lagi..issshkkkkk aku benar-benar ingin keluar dari situ..


Sampai je di tingkat 23, lift tu terbuka dan aku dengan pantas berlari keluar menuju ke kediaman kawanku itu. Setelah sampai aku pun menceritakan apa yang telah terjadi di lift tadi dan kawanku menerangkan yang lift aku gunakan tadi sedang dibaik pulih!!! Sudah lebih setahun tidak digunakan!!! Juga pernah berlaku kejadian ngeri dimana ade pekerja mati di dalam lift akibat terperangkap dan lemas. Aduhaiiii aku salah naik lift ke tadi???!!!!

Tuesday, 3 April 2012

Villa Nabila

Misteri Sebuah Keluarga India Mati Dibunuh Di Johor Bahru ~

Pada suatu masa dahulu( tahun bila aku lupa tapi lebih dari 5 tahun la kejadiaan itu berlaku) pernah gempar kejadian pembunuhan yang berlaku di JB.. Melibat kan keluarga india..mereka mati dibunuh secara kejam oleh kenalan mereka. Dari atuk sehingga cucunya pun mati dibunuh. Memang zalim pembunuh tersebut..cara kematian mereka memang ngeri. Ade yg ditikam dan ada pula yang dikelar..7 orang mati serentak dalam satu rumah dan yang paling pelik mereka ditanam sebaris! memang ngeri..kebetulan kubur tu berada berdekatan rumah aku. Tak sampai 15minit kalau naik kereta dah boleh nampak kubur mereka tu..

kubur tu betul-betul berada berdekatan dengan kawasan perindustrian di Tebrau, JB. Kalau orang JB mungkin tau la..sebelah kubur tu ada warung-warung makanan..kalau malam memang aku seram nak pandang ke arah kubur mereka..ramai orang tak tau itu adalah kubur mangsa pembunuhan kejam tu tetapi ada segelintir yang mengetahui betapa seramnya kawasan itu bila matahari sudah terbenam..


Pernah dulu sewaktu kejadian itu baru berlaku, ramai pemandu teksi yang di ganggu di kawasan itu..kekadang dieorang nampak ada satu family india tahan taxi bila dah tgh malam. Pemandu taxi yg dah tau mesti takkan berhenti tetapi bagi yang tidak mengetahuinya pula yang sentiasa kena gangguan mcm ni..memang bermacam-macam cite aku dgr tentang kawasan ni.ade yang nampak budak india main bola kat kawasan kubur tu masa tgh malam..fikir la siape yang nak main kat kubur malam-malam kan..


Kebanyakkan yang diganggu memang pemandu teksi. Sebab maybe mereka kerja sampai lewat malam tu yang dieorg ni byk gile pengalaman-pengalaman seram..pernah juga seorang nenek berbangsa india yang menahan teksi selewat 1 pagi!! Yang teruknya pemandu teksi tu blh pulak berhenti..maybe dia ingat orang tua tu betul-betul perlukan teksi untuk pergi keman-mana or balik umah kot.bila kawan-kawan pemandu tu bertanya kat abang driver tu pada keesokkan harinya, die mengatakan hasratnya untuk berhenti dari membawa teksi!!dia cakap sumpah die betul_betul takot sampai nak terberak dalam seluar sebab dia cakap die nampak leher wanita tua itu terkulai hampir putus di tempat duduk belakang teksinya itu!!!!mau tak ngeri mcm tu kan..tobat abang ni memang takkan bawa teksi lagi..


Tempat-tempat macam ni seeloknya tak payah lah kita lewati kalau tak ada kepentingan kan..budak-budak kilang yang berkerja berdekatan kubur tu pun selalu mendakwa terlihat macam-macam perkara seram dan aneh didepan matanya..budak kilang kat situ confirm selalu kena ganggu punya sebab kilang tu beroperasi 24jam..sesiapa yang tinggal di kawasan tebrau pasti mengetahui kisah ini..ini bukan rekaan semata-mata tetapi ini lah yang pernah terjadi di kawasan angker itu..


( Gambar diatas hiasan semata-mata )

Pengalaman Seram Di Rumah Syira ~

Ni pengalaman syira pulak.. Dia ni penakot, kekadang tak nak cite pun kalau ade cite yang menarik pun..die ckp takot lah apa lah..aishhkkk.. Aku takda la berani sesangat pun tapi tak lah penakot macam die..kisah ni based on pengalaman die dan keluarganya di rumah yang didiaminya skrg ini..ade 3 kisah yang ingin aku kongsikan..aku pendek-pendekkan cite jelah ye takot panjang sangat pulak korang nak baca nnti.


KISAH 1#
Bnd ni terjadi semasa adik lelaki syira, R ingin tido..dia ni tido kongsi bilik dgn adik beradiknya yang lain..tak tau kenapa malam tu dia tak boleh tido awal seperti selalu. Ketika matanya baru ingin terpejam, die merasakan badannya dihimpit seperti dihempap sesuatu objek yang berat..mulotnya seperti tidak dapat mengucapkan apa-apa kalimah pun ketika itu. Tak cukup dengan tu kakinya seperti ditarik-tarik dgn kuat..Allah sahaja yg tau perasaannya ketika itu..dan die sempat terperasan macam ada orang sedang menhendapnya di sebalik pintu biliknya...Ngeri tak?

KISAH 2#
Ni bab toilet umah dia pulak..kalau selepas jam 12 tengah malam jangan lah masuk toilet tanpa berteman..sebab confirm korang akan terdengar bermacam-macam bunyi dan dapat berbagai-bagai gangguan..aku pernah datang umah dia dan benda ni memang betul sbb masa tu aku nak basuh muka kat toilet die tetibe aku dapat rasakan yang rambut aku disentap kuat sampai aku terjerit sebab sakit. Bila aku pandang takda orang pun ketika tu. Sejak tu bile aku gi toilet umah syira, syira mesti temankan aku..syira pernah cite kat aku yang die pernah dengar ada orang ketuk pintu toilet ketika die masih berada dalam toilet tu...toilet memang ada lah kan, tu rumah SYAITAN, plus kalau kotor lagi lah die suka kan..

KISAH 3#
Kat belakang umah syira ni ada satu umah yang dah lama terbiar..dah lama takda orang yang tinggal disitu ( dia ni stay kat. Kawasan rumah setinggan ). Pernah syira dengar memacam bunyi dari arah rumah itu. Kekadang bunyi orang tengah masak, macam bunyi kuali or senduk macam tu la kot. Pernah sekali tu terdengar macam orang membasuh kain..fuhhhh memang angker sungguh kan..
Pernah juga salah seorang ahli keluarganya yang nampak ade penghuni di rumah kosong tu!! Tak mungkin sebab rumah tu memang dah lama terbiar kosong.. Pernah juga syira ni terdengar yang ade orang memanggil-manggil namanya sedangkan masa tu takda orang pun yang memanggilnya. Suasana rumah syira memang agak suram dan seram..


aku pun tak sanggup kalau nak tido kat sana lagi. Bermacam-macam kejadian aneh dan seram yang aku terpaksa lalui bila berada di rumah syira,especially waktu malam.. Yang aku paling ngeri bila aku sendiri pernah nampak ibu syira berada kat dapur pada tengah malam, sedangkan sebenarnya ibu die dah tido awal..seram kan??

3 Kisah Misteri ~

Sedapnya kalau dapat tido hujan-hujan macam ni kan..aku pun mengantuk je ni..perot pulak lapar..aishkkk..hari ni aku nak cite pasal pengalaman adik aku.kisah ni dia dengar dari rakan-rakan die.. Adik aku ni penakot tau tak, kalau malam-malam dia takkan berani nak pegi dapur sorang-sorang, penakut kan??kat sini ada 3 kisah yang ingin aku kongsikan bersama korang di blog seram aku ni..

KISAH 1#
Kawan adik aku yang cite ni, aku gelar kan die Maya k. Maya ni dah berumahtangga dan warak orangnya..satu hari tu masa bulan puasa die terdengar azan berkumandang.. Sangkaannya mungkin die dah terlepas waktu sahur. So dia kejutkan lah suaminya yang sedang nyenyak tido tu. Suami maya ni pun kelam kabut pegi ke surau berdekatan rumahnya tu. Maya ni pun nak amik wudhu tetapi.... Bila die memandang ke arah jam di dinding rumahnya, baru pukul 3.30pagi!!! Hah??? Mana ada azan pepagi buta macam ni kan??!! Yamg suaminya pula syok punya masuk surau, tengok-tengok surau sunyi je..dia pun kehairanan..kat surau tu ade sorang musafir yg berbaring di dalam surau tu. Suami maya ni dok tegur la. Pastu pak cik yg berumur lingkungan 60an tu mendakwa tiada azan dilaungkan sebab masih awal lagi waktu subuh..paginya Maya pun tanya lah jirannya, jiran dia cakap mana ada azan pagi tadi.. Bulan ramadhan tu beb!!!

KISAH 2#
Yang ni kawan adik aku, Nana punya pengalaman pulak..suami nana ni selalu outstation jauh-jauh dan kekadang memakan masa berbulan-bulan kalau outstation..kebiasaannya dia memang tgl sorang je kalau laki die takda di rumah..satu hari tu seperti yang dijanjikan die menunggu kepulangan suami tercinta dia tu. Mengikot kata suaminya, beliau akan pulang hari ni..Ting Tong..bunyi bell kedengaran.dia pun bukak lah pintu dan menyapa suaminya. Rindu lah kot. Seperti biasa lah dia akan melayan suaminya,menjalankan tanggungjawap seorang isteri kepada suaminya. Tetapi yang pelik suami Nana ni dok diam je. Tak bercakap walaupun sepatah kata.muka pun pucat je. Nana tak nak menegur sikap suaminya itu takot mana tau suaminya itu keletihan akibat perjalanan yang jauh sehingga la keesokkan paginya nana menyediakan sarapan untuk suaminya tu..tuk tuk tuk..nana mendengar ketukkan dipintunya. "Sapa lah yang datang pepagi ni"..dia pun bukak lah pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila suaminya tercegat didepan pintu dengan membawa bagasinya!!! " Eh, abang pegi mana bawa bagasi ni?" Tanya nana hairan. " Abang baru balik lah ni, letih", jawap suaminya. " Aiiii bukan abg dah balik ke smalam?"Tanya Nana lagi. " Awak jangan nak mengarut". Sepantas kilat nana berlari masuk ke bilik dan melihat dimana bagasi suaminya yang semalam suaminya bawak. TAK ADA!!! Die mencari-cari ole-ole yang suami die berikan padanya semalam juga tidak ada!!! Siapa yang die nampak semalam??? Sebab die yakin tu adalah suaminya..


KISAH 3#
Kisah terakhir ni diceritakan oleh seorang kawan adik aku yang bernama Fiza. Fiza ni mempunyai seorang anak lelaki berusia lingkungan 5 tahun. Pada hari kejadiaan tu suami fiza ni keluar lah bersama anak lelakinya tu dengan menaiki kereta untuk pergi ke masjid dan melakukan ibadat. Masa tu fiza tak boleh solat dan sedang menonton tV di ruang tamu..belum sampai 5minit suaminya itu keluar dia mendengar pintu dibuka, die melihat suaminya menjengah beliau tanpa berkata apa-apa..tak berkedip pun mata suami fiza tu. Fiza lantas bertanya, " abang tertinggal songkok ke?" Tetepi suaminya hanya memandang fiza sahaja. Fiza pelik kenapa suaminya tak berkata sepatah pun. Kemudian suaminya berganjak dari pintu tu dan menutup pintu. Fiza terus berlari untuk melihat suaminya itu. Pehhhh die tengok kat tingkap kereta dan suaminya tiada di situ!!! Siape yang die lihat tadi??? Bila suami dia pulang ke rumah cepat-cepat die bertanya suaminya tentang kejadian itu dan suaminya menafikan sekeras-kerasnya yang die ada patah balik ke rumah..kejadiaan itu membuatkan fiza berasa takut jika tinggal bersendirian di rumahnya itu..

Ni je kisah yang aku dapat kongsikan dengan korang pada pagi ni..ni pun aku tak letak nama yang sebenar tau sebab mereka tak izinkan..diharap korang dapat iktibar dari kisah-kisah yang aku paparkan di sini..

Bunyi Almari Dibuka ~

Kisah ni berlaku sekitar 2008.. Masa ni aku baru balik bercuti dari singapore..dekat sebulan juga aku meninggalkan bilik tidur kesyangan aku ni..korang dapat bayangkan kalau bilik dah sebulan kena tinggal kan? Alangkan 3 hari pun jin dah tumpang ni kan pula sebulan..



Masa tu aku kepenatan sebab perjalanan dari singapura ke jb. Walaupun tak lah jauh mana tapi still penat..aku pun kurang tido semasa kat umah makcik aku di singapura..sampai je di rumah aku terus cuci muka dan menuju ke tangga, nak naik bilik aku..sedang aku menaiki anak tangga aku dgr bunyi almari aku dibuka!!


Setahu aku kat umah aku masa tu memang takda orang..masa tu dekat magrib.. Dah lah clear aku dengar bunyi almari tu, ditambah pula bunyi kipas angin sedang bergerak!!! Biar betul!! Sangat-sangat tak mungkin..tapi tu lah yang terjadi kat aku masa tu. Bila aku masuk saja ke bilik tido aku, takda orang pun. Aku pun apa lagi, angkat kaki blah dari bilik tu dan menunngu ayah dan kakak aku pulang dari kerja di halaman rumah. Tak sanggup aku nak tunggu dalam rumah..mau terkencing dalam seluar kalau stay sorang lama sikit..

Monday, 2 April 2012

Kisah Di Rumah Emak ~

Haishhh!! Aku penat interview emak aku ni berkenaan pengalaman seram di rumahnya..tapi memang tak rugi kredit pun sebab cite-cite die memang menyeramkan..mak aku ni pandai juga sembunyikan cite-cite menarik mcm ni..ada 3 pengalaman seram yang mak dan adik ipar aku lalui dan ingin aku kongsi bersama korang..

KISAH 1#
Kejadian ni berlaku dalam tahun ni juga..mak aku ni memang bangun awal,kekadang pukol 4pagi pun dia dah bangon, al maklum jelah orang tua kan..satu hari tu macam biasa lah mak aku bangon pukol 4pagi dan terus menuju ke dapur untuk mengemas rumah seperti biasa, tu rutin harian mak aku.then die pun tengah sedap cuci pinggan die ternampak kelibat orang melintas kat ruang tamu ( mak aku tinggal kat kondo), mak aku pun ingat tu adik ipar aku,( suami adik pmpuan aku) baru balik dari surau..


Tapi mak aku hairan lah sebab baru 5minit azan berkumandang, takkan lah cepat sangat menantu die balik kan..mak aku pun periksa lah pintu, tak berkunci. Sebab adik ipar aku ni biasanya lepas balik dari surau akan terus kunci pintu. Mak aku pun tak sedap hati dan terus memeriksa selipar adik ipar aku tu, tapi takda!!!! Tu maksudnya yang adik ipar aku tak balik lagi. Kelam kabut mak aku tutup pintu, takut punya pasal.


KISAH 2#
Malam tu mak aku tak boleh tido malam sebab terlebih minum kopi katanya..mak aku ni berkongsi bilik tido dengan kakak aku..bilik yang bertentangan dengan bilik dia tu adalah bilik stor..mak aku cakap tengah malam tu mak aku terdengar bunyi bising dtg dari arah bilik tu. Mak aku sure yg semua orang dah tido that time.bunyi macam orang tengah bongkar barang dalam bilik stor tu.keesokkan paginya, waktu subuh juga ni, mak aku pun masuk lah bilik tu sebab nak ambik stock beras dalam stor tu,bila mak aku pasang je lampu alangkah terkejutnya mak aku sebab nampak barang-barang dalam stor tu dah bersepah!!!! Bila mak aku tanya kakak dan adik aku mereka menafikan ada masuk ke dalam bilik itu. Seram beb!!!


KISAH 3#
Pengalaman ni adik aku yang cite kat aku. Malam tu setelah anak-anak mereka tido, adik aku ni pun berborak lah dgn suaminya kat dalam bilik tu dalam keadaan yang gelap...tetiba suami dia bertanya kenapa die tak tutup lampu toilet ( bilik dia master room) tu then adik aku pun cakap lah yang die dah lama tutup lampu toilet tu. Dan suaminya menegaskan yang die nampak lampu toilet menyala. Masa tu tgh malam jumaat pulak tu!! Grrrrrr!! Ngeri habis! !

Ni lah antara kisah-kisah seram yang dapat aku kutip dari mak aku. Next time aku akan cite kat korang pengalaman-pengalaman dieorang lagi.. Dieorang selalu kena .. Maybe sebab dieorang ni penakot kot..hehe. Sorry Mak!! Noi gurau je!! ~

Sunday, 1 April 2012

Hantu kum-Kum ~

Hari ni bosan lah sebab tak tau nak buat ape hari ni..fb dah semakin membosankan sekarang ni.. Nak BBM dia tak on handphone lagi..ishkkk..bosannnnnn. Nak tengok tv takda rancangan yang menarik pun ahad ni..aku nak lah update something biar tak bosan..

Korang pernah dengar kisah hantu kum-kum tak? Kisah ni popular tahun 90an..kisah ni tersebar luas di Singapura dan JB kalau tak silap aku. Masa tu aku budak-budak lagi..masa tu sekolah rendah lagi. Mak aku selalu pesan kat aku jangan main kat luar lepas pukul 6. Mak aku cakap nnti kum-kum makan darah aku..ketika tu aku masih budak dan hanya tersengih je bila mak aku pesan kat aku macam tu.


Yang aku tau pasal hantu kum-kum ni,dia ni asalnya manusia, tetapi wajahnya tak lah secantik para-para model, so die pun pergi lah menuntut ilmu syaitan. Diamalnya ilmu-ilmu sihir dan membuat perjanjian dengan syaitan laknatullah..dia dikehendaki mengikot syarat-syarat ilmu itu iaitu jangan melihat cermin before 44 hari..tetapi akibat tidak sabar dia pun melihat lah kecantikkannya itu di cermin..Dan mukanya terus berubah menjadi buruk akibat melanggar pantang dukun syaitan tu.


Dan syarat yang patut dia buat jika dia ingin mencantikkan kembali wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti..entah betul ke entah tidak tu aku tak tau tetapi kisah kum-kum ni sangat lah meluas ketika itu..sehingga semua org tak berani nak keluar after mangrib..menjadi perbualan dari hari ke hari.. Bagi aku pula mungkin orang nak menakotkan anak gadis mereka supaya jangan keluar lewat malam sebab ketika itu banyak dah bohsia dan bohjan muncul ketika tahun 90an tu.. Dan cara die memburu para gadis tu adalah dengan mengetuk pintu dari rumah ke rumah dan memberi salam kum kum, bukan assalamualaikum..memang seram kalau kite bayangkan die mengetuk pintu rumah kita..grrrrrr..takut aku. Adakah dia ni manusia or hantu?? Sampai sekarang menjadi tanda tanya bagi aku..

Jangan lah terlampau percaya sangat ya..bila aku tgk cite sumpahan kum-kum macam lain dari version yang aku dgr masa kecik-kecik tu. Kurang seram cite tu dan bagi aku cite tu terkeluar dari tajuk..mungkin pengarah die tak research betul-betul tu kan. Ingat, jangan percaya sangat cite ni, cite ni macam cite dongeng pun ada kan..

The Unborn [Trailer]

Bayi Misteri Di Kereta Suzie ~

Kenyanggg sungguh perot aku sekarang ni..rasa malas pulak nak lipat kain ni. Sekarang JB hujan pagi je tu yg kain baju di ampaian tak boleh nak kering..hari ni aku masak ayam masak merah..nyummmmmyyy memang sedap hingga menjilat jari..


Hari ni aku nak kongsi salah satu pengalaman seram aku..kejadian ni berlaku pada tahun 2009..ketika tu aku menaiki kereta kawanku, suzie menuju ke KL. Aku ni dari dulu pun turun naik KL. KL dah mcm rumah kedua bagi aku.boleh dikatakan every weekand aku akan menghabiskan masa aku disana..masa tu jam 10pm, aku dan suzie bercadang bertolak malam sikit sebab nak tunggu highway tak banyak kereta sangat. Suzie kalau bawa kereta mana suka keadaan yang sesak, so aku pun setuju je. Aku kan sempoi.hehe

Malam tu aku dan suzie bertolak lah dari rumah jam 10pm. So aku dan suzie agak keletihan juga sebab pagi tu kan kami terpaksa bertugas..tanggungjawap tu. Aku dam suzie banyak berceloteh dalam kereta sebab aku tak nak suzie ni rasa mengantuk. Bahaya la kalau bawa kereta ketika dalam keadaan mengantok..sedang kami berborak tetiba kami terhidu bau yang sangat lah busuk. Aku dah start tutup hidung sebab tak tahan sangat dengan bau itu, seperti bau najis. Suzie buat tak tau je aku tengok. Siap boleh menyanyi-nyanyi lagi tu..


Aku fikir mesti bau tu datang dari luar sebab kami buka tingkap..tapi makin lama makin kuat baunya sehingga aku hampir pitam!! Aku pun tanpa sengaja melihat kebelakang, untuk memeriksa mana tau ade najis kucing ke apa ke sebab suzie ni bela banyak kucing. Alangkah terkejutnya aku sebab aku nampak bayi yang tak bergerak lagi, mcm dah pucat je muka bayi tu di tempat duduk belakang. Aku terus menutup muka aku dgn kedua tapak tangan aku. Aaarrrrgghhhh!! Aku menjerit kerana ketakutan.


Suzie terkejut dan terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Aku pun menerangkan kepadanya apa yang aku lihat dan apa yang aku hidu sebentar tadi. Dia hairan sebab dia tak nampak dan tak mencium ape-ape bau pun dari tadi. Aku dh semakin kehairanan. Tapi tadi memang aku nmpak bayi tu tapi bila aku dan suzie memeriksa sekali lagi bayi itu sudah tiada di tempat duduk belakang!!! Suzie ketawakan aku dan mengatakan yang aku ni banyak sangat berangan tapi memang betul aku bau dan nampak bayi itu!!!


Sejak hari tu, aku membuat keputusan untuk menaiki bas sahaja jika ingin ke KL..tak sanggup aku nak naik kereta or tumpang kekawan aku lagi..untuk pengetahuan korang, dua kali aku dah kena benda-benda macam ni bila menumpang kereta suzie.. Jadi tobat aku tak nak dah naik kereta die or kekawan aku yang lain.

Saturday, 31 March 2012

Tempat-Tempat Yang Misteri ~

Hari ni aku nak mengupas pasal tempat-tempat yang misteri dan angker di Malaysia ni. Malaysia memang padat dengan tempat yg seram..itu tak dapat dinafikan tetapi cite-cite sebegini tidak dihebohkan maybe takot pelancong tak nak melawat malaysia kot.itu aku kurang pasti..yang pasti ade banyak lagi tempat-tempat yang mempunyai kisah seram yang kita masih belum tau lagi. Ni aku nak ringkas kan 2,3 tempat yang paling misteri,seram,berhantu,angker dan ngeri dengan korang. Aku dah explore tempat-tempat ni dah lama tapi masih banyak yang aku tak ketahui sehingga kini.terlampau banyak versi..bila sampai cite dari mulut ke mulut memang banyak lah tokok tambah cite tu kan.

1) Villa Nabila~
Dengar je name villa ni terus bulu roma aku berdiri..seram tempat ni. Terletak di Johor Bahru.. Rumah ni dikatakan kawasan yang agak keras kerana pernah berlaku satu pembunuhan ngeri melibatkan seorang budak perempuan bernama, Nabilla.. Ada yang mendakwa nabilla dibunuh oleh ibu tirinya kemudian ditanam di dinding bawah tangga villa itu..dimana kebenarannya tidak aku ketahui sehingga kini..ada pula yang mengatakan nabilla dibunuh oleh orang gajinya kerana tamakkan harta peninggalan arwah ayah Nabilla ni. Adakah benar kisah ini? Aku tak dapat memberikan ulasan lanjut sebab aku pun tak tau, yg aku tau villa tu memang ngeri sebab pernah satu pengantin baru ni tangkap gambar villa tu kemudian isterinya disampuk teruk..

2) Kemayan City~

Kemayan city ni pula terletak di jB juga..satu shopping mall yang terbengkalai akibat kemelesetan ekonomi ketika itu..aku pun tak ingat bila shopping mall ini dibina tetapi lebih dari 10tahun mall ini terbiar!! Macam-macam cite aku dengar pasal tempat ni. Ade yang cakap mall ni beroperasi semula, ade yg siap shopping dalam mall ni la. Pehh memang seram. Aku selalu lalu kawasan tu jika aku baru balik dari KL. Agak sunyi kawasan tu, sudah dipenuhi semak samun..dan menjadi sarang penagih sekarang ni. Yang mati bunuh diri pun ada juga kat kawasan tu..tu belum lagi buruh kasar mati semasa pembinaan mall ni..ni antara tempat angker di JB..jangan lalu kawasan ni jika malam..kerana pelancong yang tak pernah mengetahui history pasal mall ni selalu akan jadi mangsa...


3)Hotel-Hotel Mewah Sekitar KL~
Aku tak lah cakap semua berhantu tetapi ada di antara hotel-hotel mewah yang terletak di KL yang mempunyai misteri dari alam angker ini... aku tak dapat nak senaraikan nama-nama hotel itu takot menjejaskan perniagaan mereka pula nanti. Mana taknya aku dan kawan-kawan aku selalu diganggu bila kami berada di hotel-hotel mewah ni. Hotel-hotel murah dan budget tak masuk dalam senarai ni. Pihak hotel tak mungkin bgtau kita pasal benda-benda mcm ni ,kang tak laku pula nanti. Salah seorg kawan aku bekerja sebagai manager kat salah sebuah hotel O tu pun ada bgtau aku ape yg terjadi kat hotel O tu..( Hotel O je lah ,taknak aku sebut nama penuh).hotel yg die bekerja tu penah berlaku kes bunuh diri dan pembunuhan. Dalam 5,6 kali juga lah kes mcm tu berlaku kat hotel O tu..tapi tak ramai yang mengetahui kejadian yg sebenarnya tentang hotel O tu..tu baru 1 je hotel, ada lagi hotel yang lagi seram..aku akun manyiasat dan aku akan share dgn korang di lain waktu. Ramai juga yang tak selesa tinggal di hotel tu dan menyebarkan cite-cite seram tentang hotel tu..

~ ni sahaja buat masa ni. Kat atas tu gambar-gambar kemayan city dan villa nabila. Ade yang aku ambik gmbr sndiri dan ada yg aku kutip kat internet..berwaspada lah kerana selain kita ada juga makhluk lain yang mendiami bumi ini..gmbr hotel tak dapat aku tunjuk atas sebab-sebab tertentu..

Langsir Bergoyang Kuat ~

Kali ni aku nak cite pengalaman aku kat dalam bilik tidur aku kat rumah ayah aku ni..aku memang tak pernah nampak clear lah benda ni. Just kena gangguan, dengar bunyi-bunyi jelah. Setakat bayang-bayang tu ada lah. Hantu yg real tak pernah nampak..

Aku tido bilik sorang-sorang je sebab aku tak suka kongsi apa-apa dengan orang lain..rumah aku ni selalu sunyi sebab ayah dan kakak aku selalu pulang lewat. Adik lelaki aku pula selalu merayap ntah kemana. So aku tinggal kat umah sorang-sorang lah selalu,especially waktu malam..


Kejadiaan ni berlaku pada malam jumaat, tak silap aku tahun lepas kot. Aku kan suka tengok cite-cite hantu so malam tu aku pasang lah dvd cite exorcism; emily rose tu. Aku ni kekadang berani tak bertempat juga. Aku bukak volume cite tu kuat gak. Aku tutup lah lampu bilik. Aku tak suka tido dalam keadaan yang terang.


Dengan berbekalkan cahaya tv tu je lah yg menerangi bilik aku ketika itu. Aku siap tutup pintu bilik aku lagi. Konon tak nak gangguan even aku memang tinggal sorang pun masa tu. Aku pun tengok lah sambil baring kat tilam aku. Sedang aku baring sambil menonton filem tu tetibe aku nampak bayang-bayang yang melintas di depan aku!!!!secepat kilat bayangan tu hilang dari pandangan mata aku.


Aku tergamam sekejap sebab aku terkejot gile. Hati aku dah berdebar-debar, takut. Maklum lah tinggal sorang pulak ketika tu. Yang lagi seram sebab malam jumaat pulak, faham-faham je lah malam jumaat ni memang banyak kisah-kisah angker kan. Aku tengok sekeliling memang takda ape-ape pun.aku kembali berbaring kat tilam tu. Aku kecikkan sikit volume tv aku tu rakot tak dengar kalau orang bagi salam ke apa ke kan. Dah lah umah aku ni luas sebab tak banyak perabot, memang bertambah seram.


Tetiba aku tengok langsir tingkap aku bergoyang kuat seakan-akan ribut akan melanda. Makkk aiiii!! Tak mungkin sebab aku hanya bukak kipas meja je, mana bukak aircond or bukak kipas syiling pun. Aku segera bangon dari tempat tido sebab nak pastikan aku dah tutup tingkap. Mana tau tingkap terbuka ke. Aku check tingkap aku tertutup!!! Dan aku bukak sedikit tingkap aku dan tengok keadaan malam tu. Angin tak kuat pun tau tak!!! Langsir aku terus berkibaran macam ada angin kuat yang menerpa masuk ke bilik aku ketika tu.


Punya lah seram aku, aku pun lupa dah mana suis lampu sebab dah terlampau panik masa tu. Aku kuat kan hati dan start baca ayatul qursi sebanyak 3kali. Punya lah takot aku masa tu hanya Allah jelah yang tau.aku meraba-raba dalam gelap nak cari tombol pintu sbb nak keluar dari bilik tu. Dgn cahaya tv je mmg ssh skt nak nampak. Aku try bukak pintu bilik tetapi gagal. Aku try hampir 6kali,akhirnya setelah aku membaca bismillah baru dapat bukak pintu bilik tu.


Berterabur aku lari ke tangga menuju ke ruang tamu. Aku rela tunggu ayah aku balik dari tinggal sorang dalam bilik aku tu. Bila mereka balik, aku pun dok cite lah kat dieorg, habis aku diegelakkan. Bila belum kena mmg lah tak percaya kan. Kalau dah kena baru tau rasa.sampai sekarang pun aku kalau nk tido pun dalam bilik aku tu, aku akan pastikan lampu tido aku terpasang sebab takot kena benda-benda mcm tu lagi.

Satu Malam Di Hotel Angker ~

Morning... Hujan lebat kat JB sekarang ni. Pagi sabtu ni aku nak berkongsi satu story yang agak menakotkan yang terjadi pada aku dan syira..aku takkan dapat melupakan pengalaman kami diganggu di sebuah hotel di Kuala Lumpur..aku tak dapat bagitau korang bila dan dimana kejadian ini berlaku atas sebab-sebab tertentu. Harap maaf.


Dipendekkan cite aku turun KL hari tu tapi aku sibuk dengan urusan-urusan aku jadi tak dapat nak jumpa syira. Aku pun takda plan nak jumpa die sehingga lah lewat malam baru aku call die untuk menemani aku tido. Mase tu jam dah menunjukkan pukol 12 tgh malam.sebelum tu masa tengah hari aku dah settle kan ape yg patot aku buat kat KL aku berehat lah kat dalam bilik hotel tu..aku on tV dan relax-relax kejap kat sofa, tetibe aku dengar bunyi orang berdengkur dgn kuat!!! Aiii aku kat bilik ni sorang-sorang, mana datang pulak bunyi berdengkur tu????

Aku tengok kat tilam memang takde ape-ape pun. Aku check seluruh sudut memang takda ape-ape pun. " Ahh perasaan aku je kot", aku berkata-kata dalam hati. Tapi aku memng pelik, takkan bilik sebelah punya dengkuran sampai ke bilik aku dgr??? Hati aku dh tak sedap since masuk bilik ni tapi aku tak endah kan benda-benda tu semua.bukan tu je aku dapat dengar suara orang berbual-bual kat dalam bilik mandi!!! Aku terus keluar dari bilik itu untuk menenangkan diri aku yang masih dalam keadaan takot tu.

Kemudian aku meneruskan aktiviti aku sehingga jam 11 malam. Aku masih takot bila berada dalam bilik hotel itu berseorangan,aku pun layan je lah program kat Tv malam tu. Tetapi hati aku berdebar sehingga aku membuat keputusan untuk menelefon syira. Aku pun call lah syira. selepas aku menunggu hampir 15minit syira pun sampai.


Yang tak boleh blah malam tu malam jumaat lah pulak. Memang salah timing betul kan.aku pun cite lah kat syira pe yg terjadi kat aku masa aku stay sorang tengah hari tu. Aku tak dapat nak gambarkan ketakutan aku masa aku kena ganggu tu. Syira ni memang penakot lah, pantang aku cite skt pucat muka die.

Kiteorg pun baring-baring lah kat atas katil sebab kami dah begitu letih. Sbb die pun letih bekerja dan aku pun letih juga sbb perjalanan agak jauh juga dr jb ke KL pagi tu. Aku tengok jam dah pukul 1.30pg dah. Kami berborak kosong sebelum tido tu. Yelah dah almost tiga bulan kami tak berjumpa.byk je benda die nak cite kat aku.masa tu lah kami diganggu teruk..


Mengikut kata syira masa kejadian tu aku dah tido, die tak dapat tido sebab die tak biasa tido di hotel mewah macam tu. Sedang die baru nak melelapkan mata, die terdengar ade bunyi ketukan pintu. Mula-mula die sangka tu ketukan dibilik lain tapi bila dia mendengar dgn teliti bunyi itu datang dari bilik kami!!!! Makin lama makin kuat!! Bunyi ketukan tu non-stop. Kalau nak cakap ade renovatation. Ditambah bunyi tukul besi dan paku jatuh dari tingkat atas!!! Mana mungkin sebab aku punya bilik tingkat paling atas dan pepagi buta siape yg nak bertukang???!


Tak cukup dengan tu selepas bunyi orang ketuk pintu tu syira dengar suare wanita memujuk seseorng dari luar bilik kami!!! Ngeri lahhhh aku dengar time syira cite kat aku!!selepas bunyi tu reda kemudian syira dengar pula suara radio mcm dah rosak dekat 5 minit. Pehhh die cakap aku dah lena tido masa tu. Sumpah aku tak dengar tu semua. Dengan bunyi aircond punya remote ditekan-tekan lagi!!! Angker sungguh hotel tu kan????

Dia ni penakot dan ttak berani nak bergerak langsung. Die takot sebab tu pengalaman pertama dia tido kat hotel mewah mcm tu. Paginya aku bangun tido dia terus cite kat aku. Aku memang tak sedar bila kejadiaan tu berlaku. Seriously bilik tu memang seram. Suasana pun suram je. Agak seram kalau tido sorang-sorang.


Pagi tu kami nak call receptionist hotel sebab kami nak dapatkan teksi untuk ke terminal, sekali lagi kami terkejut sebab telefon kat bilik tu tak berfungsi!!! Sedangkan masa aku baru je check in hotel tu, kawan aku ade mengunakan telefon tu untuk menelefon bahagian servis hotel tu. Takot kan???!! Aku pun mengigil dan syira pun dah try banyak kali. Kami tak buang masa lalu turun ke bawah untuk check out.

Bila aku bagi kunci hotel tu kat kaunter, aku dapat melihat reaksi pekerja hotel itu melihat aku dengan wajah yg pelik..aku lagi pelik, hotel ni ada yang tak kena ke? Or ada something happend kat bilik aku menginap tu? Aku tak dapat menyiarkan gambar bilik ni sebab takot kena saman pulak,walaupun aku sempat ambik 2 gmbr dlm bilik tu.yang kat atas ni hanya gambar hiasan sahaja ye.kepada sesiapa yang ade kisah seram berkenaan hotel di KL boleh lah email kat aku di aidagorgeous19@gmail.com atau aidagorgeous19@yahoo.com.


Sumpah lepas ni aku nak ade orang teman aku tido jika aku check in hotel di kL lagi..ni lah pengalaman seram yang aku alami bersama teman baikku, syira..diharap korang dapat iktibar dari kisah ini..adakah bilik itu angker atau hotel itu yang bermasalah? Wallahuallam. ~

Friday, 30 March 2012

Penunggu Taman!!! ~

Perrgghhhh.. Lagi-lagi kat Jb! Dekat mount austin pulak tu!! Dekat dengan umah aku tu!! Aku takkan lalu kawasan tu lagi lah..ngeri.. Tapi umah mak aku berdekatan kawasan tu laaaa. Grrrrr.. Takot!!
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Fri, 30 Mar 2012 20:39:13
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Penunggu Taman!!!

Assalamualaikum,

Nama saya Niesa Sazalee. Saya berasal dari Taman Molek, Johor Bahru
dan saya sekarang masih berumur 14 tahun (tahun 2011). Saya ada kisah
seram yang saya ingin kongsi ..Kisah ini bukan berlaku pada saya
tetapi berlaku pada teman rapat saya yang bernama Sara dan sekarang
dia telah berpindah sekolah. Kisah ini berlaku pada tahun lepas iaitu
tahun 2010, bulan Mei, sewaktu kami hendak menghadapi Peperiksaan
Pertengahan Tahun. Jadi rakan saya ini telah pergi ke rumah makciknya
di Taman Mount Austin, Johor Bahru seminggu sebelum peperiksaan
bermula.

Pada malam tersebut, dia pergi ke rumah makciknya bersama ibu, abang
dan adik2nya yang lain. Setelah sampai di rumah makciknya, dia telah
meminta izin ibunya yang dia hendak pergi belajar bersama abangnya
bernama Hafiz di taman permainan. Jadi ibunya izinkan dia pergi tetapi
memesan agar jangan balik lambat sangat sebab dah hampir lewat malam
dan ibunya risau jika ada perkara yang tidak diingini berlaku. Setelah
diizinkan dia pun pergi bersama abangnya ke taman tersebut yang tidak
berapa jauh dari rumah makciknya.

Setelah sampai, abangnya pun bersuara "Alhamdulillah!" Kemudian rakan
saya ini cakaplah dengan abangnya. "Kenapa Hafiz?" "Tengok tuh! Ada
seorang akaklah kat meja bulat!" Jadi rakan saya ini pun cakap,
"Jomlah kita pergi kat akak itu!" Kemudian dia mendekati dengan kakak
itu. "Hai akak! Seorang saja ke dekat sini? Boleh kami duduk?" jawab
rakan saya. Kemudian kakak tu pusing dan senyum sambil menjawabk
"Ha'ah. Akak seorang saja! Duduklah!". Jadi rakan saya dan abangnya
pun tak fikir yang bukan2 dan terus duduk. Rakan saya dan abangnya ini
duduk berbual dengan kakak tersebut.

Kawan saya ni mula bosan dan tak jadi nak belajar sebab abangnya asyik
melayan kakak yang ada di sebelahnya. Dah bosan waktu itu, dia pun
membelek2 pena di jarinya. Pena itu terjatuh di sebelah akak tersebut.
Bila dia nak ambil pena itu, alangkah terperanjatnya dia bila dia
ternampak kakak itu TIDAK ADA KAKI! Terus meremang bulu romanya. Dia
tengok sekeliling untuk mencari siapa yang boleh bantu kakak ni pulang
ke rumah. Di tempat kakak tersebut duduk, tak ada kerusi roda pun
dekat dengan akak tersebut. Kalau kakak ni tak ada kaki, tak ada orang
yang nak tolong dan tak ada kerusi roda, macamana dia nak pulang
nanti?

Kawan saya ni rasa pelik dan tak sedap hati. Dia tak berani nak cakap
dengan abangnya yang dia nak balik. Takut2 kalau kakak itu perasan.
Jadi dia mesej abangnya! "Wei Hafiz! Balik jom aku tak sedap hatilah!"
Abang dia pun balas mesej tersebut, "Ok. Jom!" Jadi teman saya punya
abang, si Hafiz ni cakap dengan kakak tu, "Akak kami nak minta diri
dulu ya! Dah lewat malam ni! Bye!" Dia terus bangun dengan adiknya.
Kemudian, kakak itu jawab "Ok. Bye!" Sewaktu mereka jalan beriringan
nak keluar dari taman, abang teman saya ni cakap dengan adik dia
"Kenapa Sara? Cakaplah! Cakaplah!" Sara ni pulak tak nak cakap apa
yang dah terjadi. Dia pun jawab. "Nantilah! Kat rumah aku cerita!"

Bila mereka dah keluar dari taman, akak tadi pun bersuara dengan nada
yang sangat halus dan menyeramkan "HEI! KAU NAK BALIK KE, KAU DAH TAHU
AKU TAK ADA KAKI?" Bila kawan saya dan abangnya dengar kakak tersebut
cakap begitu, dia tak berani nak toleh ke belakang. Pandang, jeling
pun dia tak mahu! Dia terus lari, "Cepat Hafiz! Cepat!" Mereka pun
lari lintang-pukang. Sampai di rumah mereka ketuk pintu rumah
sekuat2nya. Ibunya tanya, "Kenapa ni tercungap2?" Teman saya tak mahu
jawab! Dia menangis kerana terperanjat dan takut! Bila dia ditenangkan
oleh ibu dan makciknya, ibunya tanya sekali lagi. "Sara, jawablah!
Kenapa nangis-nangis ni?" Kemudian dia jawab, "Masa Sara dekat taman
dengan Hafiz tadi, Sara nampak hantu tak ada kaki!" Ibunya terperanjat
dan memintanya menceritakan perkara sebenar.

Sara pun menceritakan segalanya pada ibunya apa yang berlaku.
Kemudian, makciknya cakap, "Itulah kau! Pergi taman tadi tak baca doa!
Kat taman itu, memang ada penunggu! Dah ramai orang yang kena!" Teman
saya si Sara ini diam seribu bahasa. Dia tidak tahu hendak cakap apa.
Dia amat terkejut dengan apa yang berlaku. Itulah saja kisahnya.
Sekian, Terima Kasih dan Selamat Malam!

Kawasan Perumahan Misteri...~

Masih lagi pengalaman misteri dan setam di JB.. Seram sangat ke kat JB ni? Aku dan syira ade jugak bercadang nak masuk hutan dan mencari info-info seram di JB tetapi semua still dalam perancangan..hopefully menjadi lah plan kami ni..
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Fri, 30 Mar 2012 20:23:54
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kawasan Perumahan Misteri...

Assalammualaikum

Saya pendengar dari Johor. Saya ingin berkongsi cerita dan perkara ini
berlaku pada diri saya dan suami. Kami bercadang ingin membeli rumah
lelong. Cari punya cari akhirnya jumpalah rumah pangsa, harga unit
rumah di sana sangat murah, cuma RM7000, mempunyai tiga bilik tidur
dan dua bilik air. Tanpa berfikir panjang kami terus telefon ejen
perumahan, siap daftar sekali, cuma duit cengkeram belum dilangsaikan.
Saya sangat suka, niat di hati saya nak sewakan.

Semalam saya ajak suami pergi lihat rumah yang ingin dibeli. Kata
suami, "Kita mana ada kunci rumah, yang???" Saya jawab, "Alah kita
tengok dari luar aje, apa salahnya???" Suami pun turutlah apa kata
saya. Kami sampai di rumah pangsa itu pada waktu Maghrib. Saya lihat
kawasan rumah itu dari bawah, saya nampak cuma satu unit rumah saja
yang bernyala lampunya. Saya pun cakap dengan suami, "Abang tingkat
empat kenapa ada satu rumah saja orang tinggal, deretan yang lain
kosong aje???" Suami saya menjawab, "Alah mereka belum balik kerja,
lagipun kita beli untuk disewakan, awak kan takut tempat tinggi... Jom
lah kita naik atas..." Saya pun ikutlah suami naik ke atas...

Ini kali pertama yang saya alami sendiri. Sampai saja tingkat empat,
semua gelap gelita, dah macam kawasan perumahan yang dah ditinggalkan
lama. Pintu dan tingkap pun banyak yang dah terkopak. Seluruh badan
saya dah rasa seram. Rumah yang saya tengok dari bawah tadi
terang-benderang siap dipasang langsir berwarna ungu, kini jadi gelap,
pintunya juga terkopak. Saya dah rasa lain, terus turun tangga. Suami
panggil saya, "Sinilah turun... Awak sini kita patah balik..." Tanpa
disengajakan, saya tertengking suami, "Diamlah... Turun sini saja
dahlah!!!" Suami terus ikut saya. Sepanjang turun tangga hingga ke
bawah, kami berdua tak berkata sepatah perkataan pun.

Sampai di tempat meletak kereta, kami masuk dalam kereta dan saling
berpandangan dan tengok lagi ke tingkat atas. Tadi sebelum naik ke
atas, unit rumah yang terang-benderang siap saya ingat lagi dengan
langsir berwarna ungu. Bila naik atas jadi gelap-gelita, pintu di
deretan tingkat itu semua dah terkopak tapi bila dah sampai di bawah
semula, kami berdua lihat ke atas dan nampak unit rumah itu
terang-benderang. Tanpa berfikir panjang, saya dan suami terus pulang
ke rumah. Sempat suami berkata, "Kita bermimpi ke???" Saya diam seribu
bahasa. Jantung dah laju, tak boleh berkata apa2...

Happynyaaa!!!

Wahhhh lame jugak aku tak update ape-ape ni..sory guysss aku gi holiday kat KL. Hehee. Lepas tension jap kan. Memang best aku gi KL kali ni sebab aku dapat jumpa kwn baikku, Syira.


Walaupun dah agak lewat kiteorg jumpa but still we have fun together..as long as we meet, cukup lah kan. Tapi memang syokk habis lah jmp kawan aku ni. Bercakap non-stop..hahaaaaa


Aku sebenarnya tak bercadang pun nak jumpa syira sebab aku dtg KL pun sebab nak settle something sikit. Mana tau kiteorg jumpa pepagi buta tau tak!! Pengalaman yang indah..


Tak dapat nak cakap lah perasaan aku time kat KL semalam..bestttt!! Happy!!! Release tension btl semalam!! Tapi kiteorang malam tadi pun terima sedikit gangguan kat tmpt yang kami tido tu.tak ape, cite tu aku akan story kat korang nnti ya!!



Sempat jugak kami makan bersama, makeup bersama plus mandi bersama!! Hahaaaa. Best!! Aku dah lame tak rase happy mcm ni, even kejap je tapi bagi aku masa tu tak penting, yang penting kami still berjumpa dan bertukar-tukar cite masing-masing.syira memang nampak excited betul lah bile jumpa aku. Huhuuu. Kat atas ni gambar syira tgh makan kat TBS dan kami punya gambar yg sempat kami snap bersama. Oopsss! Peringatan!! Kami bukan lesbian ya!!



last sekali aku ingin ucapkan terima kasih kepada syira dan kawan aku tu sebab sudi luangkan masa bersama-sama aku.walaupun hanya sekejap tetapi perasAan seronok aku pasti berpanjangan dan aku akan sentiasa mengingati pengalaman gembira aku ini.

Wednesday, 28 March 2012

Betul tu bukan aku! ~

***
Aku ade pengalaman yg seram dan pelik ni.. Korang pernah tak dengar yang kawan-kawan korang pernah nampak korang kat tempat lain sedangkan sebenarnya korang kat tempat lain??? Tu lah yang pernah terjadi kat aku baru-baru ni.


Masa tu aku tengah sedap dok tengok tv kat dalam bilik aku tetibe handphone aku berbunyi.. Aku pun tengok lah screen handphone tu, aku tengok kawan aku yg dari KL yang call aku pun angkat lah.

"Hello.."
"Wei noi, ko turun KL tak bagitau aku pun kan,sampai hati ko kan", kata kawan aku, Lissa. Aku sempat garu kepala 2,3 kali masa tu.
" Beb, aku rase ko tgk salah orang lah sbb sekarang aku kat JB lah. Bulan ni aku belum pergi sana lagi", aku menerangkan hal sebenar kepada lissa.
" Eh tak mungkin lah. Aku kenal ko lah noi. Tu memang ko.aku nampak ko masuk toilet kat ***** ( nama shopping mall ni aku tak dpt nyatakan ).". Aku dah start binggung dah ni. Aduhh suare kawan aku ni mcm betul-betul lah pulak.
" Kalau ko tak caye ko pegi tanya rose,die pun nampak ko", sampai macam tu sekali die bgtau aku. Setelah mematikan panggilan aku pun masuk tido dan fikir.

Ni bukan kali pertama kawan-kawan aku kena. Yang kedua pulak kakak aku pernah nampak aku kat perhentian bas berdekatan rumahnya!!! Mana mungkin sebab rumah aku dan rumah die memang jauh. Naik taxi pun kena bayar RM16..lagipun masa tu aku tgh sibuk bekerja.tak logik bila fikir tetapi mereka semua sanggup bersumpah yg dieorang ni betul-betul nampak aku tapi tak tegur ketika itu sebab dieorg ni cakap aku punya muka macam ada masalah..


Pelik bukan??? Aku tak mungkin tak tegur sesiapa yang aku kenal!! Kisah ketiga pulak ni kawan aku juga yang kena, nama die Aini. Si Aini ni tengah tunggu bas kat bus stop. Die balik keja memang lewat sehingga jam 10 malam. Malam tu die cakap die nampak aku jalan kaki kat sekitar kawasan tempat die tunggu bas tu!!! Aku takkan jalan kaki sorang-sorang lah lagi-lagi dah malam macam tu kan. Gila betul kan!!!! Hari tu aku memang tido awal sebab aku keletihan. Tak mungkin aku merayau kat situ kan. Pehhh aku dengar pun dah pelik plus blur.


Sehingga sekarang aku rase ngeri..pelikkkk..kenapa dieorang boleh nampak aku sedangkan aku kat tempat lain waktu tu??? Pelik sungguh!!! ~

***

Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang, Singapura ~

***
Singapore and JB ni tempat yang angker sangat ke ek?? Banyak kisah-kisah seram dari jb dan singapura kan??! Tapi mungkin hanya kebetulan sahaja. Syaitan kan ada di mana-mana sahaja..korang baca lah kisah dari MJ12 ni..~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Tue, 27 Mar 2012 23:15:49
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang

Hai KC,

Apa khabar...??? Saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada para
pendengar Misteri Jam 12. Kalau tak silap saya, pengalaman ini berlaku
pada tahun 2007 ketika saya menjalani latihan kerahan saya di hutan
Lim Chu Kang.

Latihan kerahan saya masa itu bermulanya di hutan Marsiling dan
berakhirnya di hutan Lim Chu Kang. Sebelum latihan bermula, saya dan
rakan-rakan askar yang lain diberitahu oleh pegawai Leftenan saya,
bahawa latihan kami akan bermula pada waktu sepuluh setengah malam.
Saya masih ingat lagi, hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat.

Seperti biasa, sebelum latihan bermula, kami semua mengambil
kesempatan untuk berehat. Ada yang tidur, ada yang bersihkan senjata
dan ada juga yang masih berbual-bual di telefon bimbit. Ketika itu
masih senja, waktu Maghrib pun nak dekat, jadi kami ada lagi tiga jam
untuk berehat. Masa saya berehat, sarjan saya seorang berbangsa Cina
menghampiri saya dan beritahu saya bahawa malam ini saya akan berada
di hadapan "company" saya untuk mengiringi "company" yang lain untuk
latihan malam nanti sebab penglihatan Sarjan saya tidak begitu jelas
pada waktu malam.

Dipendekkan cerita, semasa kami bertolak dari hutan Marsiling, hujan
pun mula turun dengan renyai-renyai. Kami sudah pun berjalan sejauh 15
kilometer dari tempat rehat tadi dan masih lagi berjalan ke tempat
destinasi kami di hutan Lim Chu Kang. Waktu pun sudah menandakan pukul
dua setengah pagi. Walaupun keadaan saya bermandikan peluh dan terasa
letih, saya masih lagi berada di hadapan "company" saya. Saya masih
ingat lagi, malam itu bulan mengambang dan anjing-anjing berdekatan di
hutan Lim Chu Kang asyik menyalak saja dari tadi...

Semasa saya berjalan di hadapan, tiba-tiba saya ternampak bayangan
hitam menyerupai manusia berjalan perlahan-lahan ke arah lain. Jarak
bayangan hitam itu adalah kira-kira dalam 50 meter dari mana saya
berada. Saya pun cepat2 menunjukkan isyarat tangan saya kepada
rakan-rakan askar yang lain menandakan kemungkinannya musuh di
hadapan. Kami terus tunduk dan berhenti berjalan. Mata saya masih
memandang ke arah bayangan hitam itu. Untuk pengetahuan semua, saiz
bayangan hitam itu kelihatan besar dan agak tinggi berbandingkan saiz
askar-askar di Singapura ini. Bayangan hitam yang besar dan tinggi itu
kelihatan berjalan perlahan2 di tengah2 persekitaran yang dipenuhi
dengan rumput2 tinggi dan dedaunan.

Sarjan saya terus menghampiri saya dan bertanya apa yang berlaku. Saya
beritahu dia apa yang saya nampak dan dia terus mengeluarkan alat
"Night Vision Binoculars" dari begnya. Untuk pengetahuan pendengar,
"Night Vision Binoculars" adalah "Teropong yang digunakan untuk waktu
malam" dan sesuai digunakan di waktu malam ataupun semasa keadaan
gelap. Bila Sarjan saya menggunakan teropong itu, dia mengatakan pada
saya yang bayangan hitam itu jelas kelihatan! Saya diam sahaja. Lalu,
pegawai Leftenan saya pun menghampiri saya dan menanyakan apa yang
berlaku. Leftenan saya pun menggunakan teropong yang sama, dan dia
juga dapat melihat bayangan hitam itu dengan jelas juga!

Leftenan saya terus mengarahkan saya untuk terus berjalan perlahan2
menuju ke arah bayangan hitam itu dengan diikuti rakan2 askar saya
yang lain. Saya pun berjalan perlahan2 menuju ke arah bayangan hitam
itu. Para pendengar sekalian, kalau mengikut secara logika, sekiranya
kalau kita berjalan dan memijak rumput ataupun daun2, rumput dan daun2
itu akan menunjukkan tanda yang ia dipijak. Akan tetapi, apabila saya
menuju dan mengikut jejak bayangan hitam itu, rumput2 ataupun daun2 di
situ masih kelihatan segar dan tidak kelihatan dipijak langsung! Saya
berdiam diri sahaja!

Pada masa yang sama, bayangan hitam itu hilang dari pandangan. Saya
terus berhenti dan melihat persekitaran di sekeliling saya. Saya lihat
di persekitaran saya penuh dengan belukar, rumput2 tinggi dan dahan2
berduri. Saya mendapati bahawa tiada sembarang manusia pun yang boleh
menembusi belukar dan dahan2 yang penuh duri di persekitaran saya ini.
Saya menoleh ke arah pegawai Leftenan saya! Tanpa membuang masa lagi,
beliau menyuruh kami beredar dari tempat itu dan teruskan perjalanan
ke destinasi kami...

Itulah pengalaman saya, yang saya lalui ketika latihan kerahan pada
tahun 2007. Kepada para pendengar Misteri Jam 12, saya ucapkan selamat
malam dan terima kasih...

Gangguan Sewaktu Perkhemahan di Sekolah ~

***
Ni orang malaysia yang email kan ke MJ12.. Seram ni. Aku tak pernah berkhemah sbb aku tak suka aktiviti macam ni. Bagi aku buang masa. Lagi-lagi aku dengar banyak benda seram terjadi semasa perkhemahan itu..lagi lah aku jadi takot kan. Grrrrr. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Gangguan Sewaktu Perkhemahan di Sekolah...
Sent: Mar 27, 2012 11:14 PM

Salam DJ KC,

Ini kali pertama saya menghantar emel dan mengharapkan cerita saya ini
diketengahkan.

Cerita ini berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas, ketika masih
bersekolah menengah di utara Malaysia. Ketika itu kami ada perkhemahan
di pinggir negeri (hampir dengan sempadan dengan Thailand). Pada malam
kedua di situ, kawan-kawan saya meminta kebenaran dari saya untuk
keluar hisap rokok di belakang, jadi saya katakan, "Ok tapi kalau kena
tangkap dengan Cikgu, jangan kaitkan nama aku..." Ketika itu saya
adalah pengawas sekolah yang agak nakal juga. Selepas mereka keluar ke
belakang, saya dan kawan saya seorang lagi bernama Aiman dan lain-lain
turun dari katil dan mulalah buat kerja jahat dengan mengambil bedak,
ubat gigi, dan minyak panas dan sapu pada muka kawan-kawan yang sedang
tidur dan letak minyak panas dan ubat gigi di dalam seluar mereka.

Tiba-tiba sedang kami membuat kerja jahat itu, kami mendengar anjing
melolong dan bersahut-sahutan, kami pandang antara satu sama lain.
Tiba-tiba semasa anjing sedang bersahutan, kami dengar di atas atap
bilik itu, suara yang seram, seperti sedang terbang melintas,
serta-merta kami yang berdiri terus jatuh secara serentak, seperti
kami ditolak oleh sesuatu. Kami pun terus bergegas naik atas katil dan
selimut satu badan. Lebih kurang beberapa minit selepas itu, saya
lihat kawan-kawan saya yang keluar hisap rokok di belakang "dorm",
berlari-lari masuk ke dalam bilik dan terus tidur, pucat saya tengok
muka mereka.

Esoknya, saya bertanya kepada kawan-kawan saya, kenapa muka mereka
pucat lesi dan seperti ketakutan berlari ke dalam "dorm" selepas
menghisap rokok, katanya mereka ternampak seorang perempuan
bertelekung putih dan berdarah mukanya sedang menggendong batu nisan
melayang lalu di depan mereka ketika menghisap rokok.

Terima kasih KC... :)