Pages

Monday 26 March 2012

Anak Patung ~

***
Parents aku pantang kalau aku beli or ada anak patung. Tak kira dari kecik sehingga dah besar panjang ni. Aku tak nak tau kenapa. Mesti ade benda tak kena betul tak. Korang baca kisah dari sorang blogger ni. Aku berminat dgn cite yang ni. Boleh tahan seram jugak. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Mon, 26 Mar 2012 23:02:22
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kisah Anak Patung

Assalamualaikum

Kisah ini terjadi ketika saya masih lagi bersekolah rendah. Tak silap
usia saya ketika itu, lapan tahun. Saya ketika itu memang rapat sangat
dengan makcik saya yang saya panggil 'Mak'. Hampir setiap hujung
minggu saya akan dibawa tidur di rumah Mak di Ang Mo Kio. Pada suatu
hari ketika Mak nak menghantar saya pulang, saya ternampak Anak Patung
yang agak besar dan cantik dibuang di tepi lif tingkat satu, di flat
yang Mak tinggal. Saya memang orang susah tak pernah miliki patung
sebesar dan secantik itu. Mak nampak yang saya perhatikan patung itu
agak lama dan suruh saya ambil jika saya mahu. Saya pun dengan suka
hati mengambil dan peluk patung itu erat-erat.

Tiba di rumah saya di Bukit Panjang, saya bermain dengan anak patung
tersebut. Saya bersihkan ia dan tidur dengan patung itu buat beberapa
malam berturut-turut. Sampailah saya dah jemu bermain dengan anak
patung itu, saya letaknya di bawah katil nenek. Biasalah budak-budak
mudah jemu dengan mainan. Main sekejap dah jemu selepas itu tak main
lagi. Saya, ibu dan adik biasanya tidur di ruang tamu sebab kita hidup
menumpang dan bilik yang lain semuanya dah penuh.

Seperti biasa saya memang susah tidur selagi ibu saya belum pulang.
Ibu pulang selalunya sekitar pukul 11.30 malam. Malam itu adik dah
tidur di ruang tamu dan nenek saya sudah tidur di biliknya. Bila ibu
dah pulang seperti biasa saya akan duduk di dapur hingga dia selesai
mandi. Setelah itu saya akan temankan dia makan di dapur. Sambil
temankan dia makan, kita akan berbual-bual. Sedang berbual-bual ibu
kata dia terdengar orang meminta tolong. Saya tak dengar apa-apa pun.
Ibu terus lari ke dalam bilik nenek diekori saya.

Di dalam bilik memang betul nenek sedang terpekik-pekik minta tolong.
Ibu hidupkan lampu bilik lalu bertanya nenek mengapa dia terpekik.
Nenek jelaskan yang ada benda merangkak-rangkak di tepi katil lalu
mencakar kaki nenek. Bila kami lihat kaki nenek memang nampak kesan
calar yang berdarah sedikit seperti baru dicakar. Ibu sapukan minyak
ke kaki nenek lalu menjenguk ke bawah katil. Dia nampak anak patung
saya lalu dia tarik patung itu keluar. Ibu fikir mungkin patung itu
yang mencakar kaki nenek. Malam itu ibu tak tidur, dia baca ayat2 suci
dan kami semua dipindahkan tidur ke bilik nenek.

Paginya ibu buang anak patung saya itu. Saya rasa agak sedih tapi
memandang kaki nenek yang bercalar rasa takut pun ada. Betul ke anak
patung itu punya angkara? Mengapa bila saya tidur dengan anak patung
itu berhari-hari tak pernah kena gangguan? Setelah dibuang patung
tersebut, arwah nenek tak diganggu lagi tetapi hampir setiap malam
lepas pukul 12 malam pasti kedengaran orang main guli. Bila tanya ibu,
dia akan kata itu jiran atas yang main. Siapa yang main guli setiap
malam dari pukul 12 hingga pukul 2-3 pagi tak henti-henti? Hmmm...

No comments:

Post a Comment