Pages

Friday 23 March 2012

Bau Wangi ~

***
Kisah ni bukan buat aku takot,aku gelak ade lah.hehee. Bagi aku tak seram lah tp tak tau bile korang yg bace. Sebab bagi aku sungguh mengarot bile ade manusia yg leh nampak 'benda' tu sentiasa. Ntah lah korang bace and fikir lah. Bagi aku ni semua hanya hiburan saje. Tak lebih dari tu.aku takda lah sampai terlampau taksub.sebab aku ni kategori org yg serius jugak lah so aku suka cite genre yg mcm ni. Ok lah korang bace dulu then comment k. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Bau Wangi
Sent: Mar 22, 2012 9:35 PM

Assalamualaikum Bro KC,

Nama saya Bob. Saya ada satu pengalaman yang ringkas, terjadi 12 tahun
yang lalu. Waktu itu saya berumur 25 tahun. Waktu bujang lagi dan
tiada siapa yang nak halang ke mana saya pergi. Saya selalu lepak
bersama kawan-kawan yang sekepala dengan saya. Salah seorang kawan
saya mempunyai lori sendiri. Kadangkala bersama tiga orang kawan yang
lain, kami suka bersiar-siar sehingga lewat malam.

Pada suatu malam, kami bercadang hendak lepak di pantai Changi.
Sebelum itu kami pergi mengambil dua orang kawan perempuan yang hendak
turut serta. Selepas menjemput mereka kami pun bergerak menuju ke
kawasan pantai Changi. Sampai di sana, setelah meletak lori di kawasan
meletak kereta yang paling hujung, kami pun berjalan menuju ke tempat
duduk di tepi pantai. Waktu itu tiada orang di kawasan itu, maklumlah
sudah jam 1:30 pagi. Pada hari biasa mana ada orang yang hendak
merayap kecuali yang degil macam kami?

Sambil kami duduk, berbual dan bergurau tiba-tiba salah seorang kawan
perempuan yang bernama Lin bertanya pada saya, "Eh kau pakai minyak
wangi apa eh? Wangi betul..." Saya terdiam sekejap kerana saya tidak
suka menyembur minyak wangi kerana hidung yang sensitif. Saya pun
menjawab, "Mana aku ada pakai minyak wangi? Kau ni dah mengantuk ke?"
Yang lain ketawa bila saya jawab dengan selamba. Kami teruskan
berbual. Selang sepuluh minit kemudian, Lin bertanya soalan yang sama.
Kali ini saya dah rasa yang ada benda yang tak kena.

Terus kawan saya yang memandu lori yang bernama Shah mengajak kami
beredar dari situ dengan alasan perutnya lapar. Padahal sebelum
menjemput kawan perempuan kami tadi saya dan Shah pergi makan terlebih
dahulu. Dalam perjalanan balik ke lori, Shah menarik saya ke belakang
supaya yang lain berjalan di hadapan dahulu.

Sedang saya dan Shah berjalan dia bertanya pada saya, "Kau tahu tak
kenapa Lin tanya kau?" Saya menggelengkan kepala. Shah sambung, "Sebab
di sebelah kau ada 'kakak cantik' sedang berdiri tengokkan kau. Sebab
itu aku ajak kita beredar..." Saya terdiam seketika. Kawan saya Shah
ni memang mempunyai kebolehan melihat dalam perkara ghaib ni.
Wallahu'alam Bissawab...

Sekian...

No comments:

Post a Comment