Pages

Sunday 25 March 2012

Di hempap 'sesuatu' ~

***
Gaya penulisan brother kite ni memang sempoi. Syok je baca even cite die pendek-pendek semua. Takda la melarat panjang lebar org nk bace and tkde lah org susah nk faham kan. Dihempap benda alah tu dah biasa aku dgr tapi aku tak pernah kena lg, siyes ni. Aku tak nak beb, aku tak nak.~
***
~ wooowwww Aida! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Sun, 25 Mar 2012 14:23:44
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: PENGALAMAN

Ini kisah pengalaman saya sendiri kat umah saya sendiri.. walaupun kat
kuarters dah siap 3 orang sebijik rumah, tapi bagi kami yang bujang
bujang ni tumpang tidur rumah member yang lain tu kira biasa la.. kena
pulak musim balik kampung, kekadang satu rumah cuma tinggal sorang
sorang.. Member rumah lain pun datang join, memeriahkan majlis la
kiranya...

Hari tu saya tinggal sorang sorang, member rumah sebelah datang join
tgk tv, main gitar.. Kawan saya nak Epot ( nama glamer). Epot ni hebat
main gitar, so sambil2 berasap halau nyamuk ( rokok la aper lagi..),
nyanyi la sepuluh dua lagu.. Kami menyerakkan suara kat hall umah.
Hall saya ni lengkaplah jugak, ada tv, sofa, karpet.. jadi duduk la
kami berdua atas karpet tu sambil melayan perasaan...

Sedar x sedar dah hampir tengah malam.. Saya pun dah naik ngantuk,
pesan ngan Epot saya nak masuk tidur dalam bilik dulu.. Tanya Epot ko
nak balik ke stay? Dia kata dia nak tidur kat hall tu jer, malas nak
balik umah.. Saya pun tutup lampu, Epot pun baring atas karpet tu
mengadap sofa..

Dalam 10 minit saya baring dalam bilik, dalam sunyi malam tu tiba tiba
pintu bilik saya terbukak dengan kuat.. Saya tengok Epot datang bawa
bantal dalam keadaan cemas dan berpeluh peluh.. Saya buka lampu bilik,
pas tu tanya kenapa ngan dia.. Tapi Epot x jawap, cuma termengah
mengah macam baru lari 100 meter lak..

Lama gak nak tunggu dia reda.. Dalam hati saya suspen gak tengok
perangai dia tu.. Bila Epot buka mulut, dia tanya saya, berapa lama
saya dah tinggalkan dia kat hall tadi? Saya cakap la x sampai 10
minit, cos saya pun lum lelap lagi atas katil bilik...

Epot pun cerita, lepas je saya tutup lampu hall dan masuk bilik, Epot
lelapkan mata jap.. Belum tidur pun, cuma pejam mata katanya.. Ngam
ngam jer, dia kata seluruh badan dia keras kematu, x boleh gerak..
Macam kejang.. Biasa orang kena tindih ngan something ni dalam tidur
kan, tapi Epot ni dalam keadaaan jaga.. Masa tu la Epot berpeluh peluh
nak gerakkan badan dia, dia dengar saya dalam bilik lum tidur lagi,
tapi nak jerit minta tolong dia kata suara tak keluar...

Akhirnya, lepas baca macam macam surah dalam hati, dia dapat gerakkan
hujung jari tangan.. Serta merta lepas tu, seluruh badan dia boleh
digerakkan dah.. Cuma yang tambah x best dan seram, lepas je dia
gerakkan seluruh badan, dia perasan, ADA SATU LEMBAGA MACAM ORANG TUA
TENGAH MEMANDANG DIA DARI ATAS SOFA!! Epot apalagi, terus angkat
bantal, lari masuk bilik saya...

Tu sebab Epot tanya saya, berapa lama saya tinggalkan dia.. Bila saya
kata sepuluh minit, dia x percaya cos dia rasa peristiwa tu berlaku
lebih SETENGAH JAM! Dalam hati berbaur takut dan dup dap dup dap, saya
kuar gi hall bukak semua lampu.. Alhamdulilah, xde pape yang saya
nampak.. Rasanya tu semua rezki Epot sorang hehe..

Sejak dari ari tu, Epot macam berat hati je nak tumpang tidur umah
saya.. Kalau tidur pun, dia tidur sekali dalam bilik, x tidur kat hall
lagi... Nasib, nasib....

1 comment:

  1. aku pun penah kena gak terutama bila kt kampung mmg xleh gerak satu badan apatah lagi nk jerit. Yg aku mampu baca surah dlm hati mmg btul dpt gerakkn tangan terus tersedar.tapi nasib baik aku x plak nampak pape cm lembaga tu. Mmg perit kena tindih.-S

    ReplyDelete