Pages

Tuesday 27 March 2012

Di Himpit Semasa Tidur ~

***
Good morning yo!!! Pagi ni bersemangat pulak aku. Mana ntah datang semangat mcm ni. Korang dah sarapan? Aku tak sempat sarapan tadi, nanti makan time lunch je lah. Pagi ni aku nk share story pasal kena himpit masa tido. Alhamdulillah, aku tak pernah kena lagi. Korang dah pernah kena ke?? Kalau pernah dan ingin berkongsi di sini lah tempat yang paling sesuai untuk korang kongsi pengalaman korang semua tu. TQ. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Mon, 26 Mar 2012 23:04:57
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: kisah seram

Assalammualaikum.. admin pun ada cerita nak ketengahkan.. tak la seram
mana.. tapi pengalaman yang tak kan admin lupa..

korang semua mesti ada pengalaman kena himpit masa tidurkan.. admin
nak kongsi sedikit kisah admin kena himpit masa tidur.. mungkin ada
yang kata cuma khayalan.. tapi admin tahu itu bukan mimpi yang biasa..
memang admin merasainya.. kisah nya bermula begini...

ada satu malam tu iza tidur sorang-sorang dalam bilik.. memang dah
jadi kebiasaan iza,tidur tutup pintu dan tutup lampu.. dulu tidur
memanglah kakak ada temankan.. tapi sekarang kakak kepada iza dah
berumahtangga.. jadi iza terpaksa tidur sorang sejak tu..

malam tu sunyi sangat.. iza pun tidurlah macam biasa.. sedang nyenyak
tidur,iza bermimpi.. iza mimpi iza dekat hospital.. iza macam baru
lepas ziarah orang sakit kat hospital tu.. tiba-tiba iza dengar ada
makcik dah keluar dari hospital.. makcik tu iza tak kenal pun,tapi
makcik tu sebenarnya baru pulih dari sakit "saka"..

lepas tu iza mimpi lagi,iza balik ke bilik.. bilik tu macam bilik
hotel.. iza bagitahu dekat seorang wanita yang iza panggil dia "mak"..
padahal iza tak kenal langsung pun wanita tu.. entah macam manalah iza
bole panggil dia emak.. pelik juga..

iza bagitahu wanita tu,iza cakap kat dia,"mak-mak makcik yang hari tu
sakit akibat saka dia tu,dia dah baik dah.. dan pihak hospital
benarkan dia balik ke rumah.. " lepas tu wanita tu pandang iza,lepas
tu dia senyum.. iza pun diam je sambil lihat dia.. lepas tu dia ajak
iza tidur,iza pun terus ikut dia tidur.. lepas tu,tiba-tiba wanita tu
terus tindih iza.. iza diamkan aja mungkin iza masih keliru dalam
mimpi tu.. lepas tu,wanita tu beliakkan mata nya,iza takut nak tenung
mata dia,sekarang mata dia dan iza saling bertentangan.. iza takut
sangat nak pandang wajah dia.. dia hampiri mulut dia pada mulut
iza,dan kamu nak tahu wanita tu buat apa,wanita tu sedut
sedalam-dalamnya kesemua air liur iza,terngiang-ngiang bunyi sedutan
itu.. memang iza waktu tu tak dapat bernafas dengan baik.. nafaz iza
turun dan naik waktu tu.. memang iza sesak nafaz.. iza tak dapat
gerakkan badan iza waktu itu.. tangan dan kaki iza tak dapat gerak
sebab kedua belah tangan iza dia pegang sangat kuat..

lepas tu iza tutup mata dan terus baca ayat kursi di dalam hati,tak
habis pun iza baca,tiba-tiba iza tersedar dari mimpi.. masa iza
sedar,nafas iza turun dan naik macam iza sedang sesak nafas.. dan apa
yang mengejutkan iza,bila tangan iza kaku,dan tiba2 badan iza terasa
ringan semula.. seperti ada benda yang himpit iza tadi beransur pergi
begitu sahaja.. lepas tu iza bangun,iza istighfar banyak2.. iza baca
doa semula,iza tidur semula..

kejadian itu berlaku dalam tengah malam dalam pukul 1lebih pagi..
memang iza tak dapat lupa sampai bila2.. esok je iza terus bagitahu
emak iza.. emak iza pun macam risau juga.. tapi iza kata xada apa2 lah
mak.. mak xusah risau.. pengalaman di himpit tu tak kan iza lupakan
sampai bila2..

p/s: kalau korang ada pengalaman di himpit,boleh je kongsi di sini..

No comments:

Post a Comment