Pages

Wednesday 28 March 2012

Gangguan Sewaktu Perkhemahan di Sekolah ~

***
Ni orang malaysia yang email kan ke MJ12.. Seram ni. Aku tak pernah berkhemah sbb aku tak suka aktiviti macam ni. Bagi aku buang masa. Lagi-lagi aku dengar banyak benda seram terjadi semasa perkhemahan itu..lagi lah aku jadi takot kan. Grrrrr. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Gangguan Sewaktu Perkhemahan di Sekolah...
Sent: Mar 27, 2012 11:14 PM

Salam DJ KC,

Ini kali pertama saya menghantar emel dan mengharapkan cerita saya ini
diketengahkan.

Cerita ini berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas, ketika masih
bersekolah menengah di utara Malaysia. Ketika itu kami ada perkhemahan
di pinggir negeri (hampir dengan sempadan dengan Thailand). Pada malam
kedua di situ, kawan-kawan saya meminta kebenaran dari saya untuk
keluar hisap rokok di belakang, jadi saya katakan, "Ok tapi kalau kena
tangkap dengan Cikgu, jangan kaitkan nama aku..." Ketika itu saya
adalah pengawas sekolah yang agak nakal juga. Selepas mereka keluar ke
belakang, saya dan kawan saya seorang lagi bernama Aiman dan lain-lain
turun dari katil dan mulalah buat kerja jahat dengan mengambil bedak,
ubat gigi, dan minyak panas dan sapu pada muka kawan-kawan yang sedang
tidur dan letak minyak panas dan ubat gigi di dalam seluar mereka.

Tiba-tiba sedang kami membuat kerja jahat itu, kami mendengar anjing
melolong dan bersahut-sahutan, kami pandang antara satu sama lain.
Tiba-tiba semasa anjing sedang bersahutan, kami dengar di atas atap
bilik itu, suara yang seram, seperti sedang terbang melintas,
serta-merta kami yang berdiri terus jatuh secara serentak, seperti
kami ditolak oleh sesuatu. Kami pun terus bergegas naik atas katil dan
selimut satu badan. Lebih kurang beberapa minit selepas itu, saya
lihat kawan-kawan saya yang keluar hisap rokok di belakang "dorm",
berlari-lari masuk ke dalam bilik dan terus tidur, pucat saya tengok
muka mereka.

Esoknya, saya bertanya kepada kawan-kawan saya, kenapa muka mereka
pucat lesi dan seperti ketakutan berlari ke dalam "dorm" selepas
menghisap rokok, katanya mereka ternampak seorang perempuan
bertelekung putih dan berdarah mukanya sedang menggendong batu nisan
melayang lalu di depan mereka ketika menghisap rokok.

Terima kasih KC... :)

No comments:

Post a Comment