Pages

Saturday 24 March 2012

HoTeL YanG MenYeRaMkaN ( kisah 4 ) ~

***
Kat johor memang takleh blah!!! Tu lah cari lagi hotel yg murah, ambik ko!! Kalau aku harga bukan ukuran yg penting tak angker!!! Grrrrr. Ni kisah keempat k. Aku dah naik seram dah ni. Hmmmmmm. ~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: [KISAH SERAM] Kisah Seram – Pengalaman Di Hotel Mu rah
Sent: Mar 24, 2012 9:59 PM

Kisah seram ni berlaku masa aku dan rakan sekerja diarah untuk ke
seminar di Johor.
Kita orang menginap di hotel murah, memang murah giler..Payah nak
jumpa hotel yang
murah macam ni.

Pada hari kedua, lepas jer seminar petang tu, aku keluar lepak-lepak dengan
member lama aku.Dah hampir 4 tahun tak jumpa member aku ni..Sempat aku pesan kat
rakan sekerja aku ni maybe aku balik lewat malam, klu nk guna kereta
aku tu guna lar
sambil aku bagi kunci kereta aku kat dia..Tengah syok lepak-lepak
sambil pusing-pusing
Johor ni, member aku ni plak dapat emergency call..
Jadi lepas makan malam member aku hantar aku balik hotel..

Sampai kat hotel, aku tengok kereta ada kat parking..Jadi rakan sekerja aku ni
tak keluar lar..Aku dongak kat atas hotel, tengok bilik aku kat
tingkat 2..Aku nampak
rakan sekerja aku tengah berdiri kat tingkap sambil hisap rokok..Dia
lambai tangan
dan aku balas balik..Pastu aku terus masuk hotel dan naik ke bilik..

Sampai jer kat bilik, pintu bilik berkunci..
Aku ketuk pintu, senyap jer..Aku tunggu kejap..Ketuk lagi..Senyap jugak..
Lebih kurang lima minit aku ketuk lagi, kali ni agak kuat sambil lepas geram,
ye la dah nampak aku balik tak mau bukak pintu lagi..Mana tak
hangin..Senyap jugak..

Aku call rakan aku tu, dh ready nak marah dh nie..Hampeh tak angkat la pulak..
Memang aku hangin satu badan..
Ni dah gurau bodoh namanya..Aku terus turun ke bawah..Ingat nak mintak kunci
spare dengan receptionist..
Baru je nak sampai meja receptionist tu, ada orang tegur aku.."Aik awal balik?".
Aku pusing, tengok rakan aku tu tengah tersengih..

"Nasib baik aku beli lebih, jom naik" sambil tunjukkan aku plastik McD..

"Bukan ko kat bilik ke tadi?' aku tanya dia..

"Mana ada. Aku gi beli McD kat depan tu haa..Lapar beb."

Terus berderau darah aku..Habis yang aku tengok dalam bilik tu sapa????

[Kisah Seram]

No comments:

Post a Comment