Pages

Saturday 24 March 2012

Kanak-Kanak Di Dalam Pejabat ~

***
Tengah boring- boring ni ade baiknya aku paste cite-cite hantu ni masuk blog aku ni. Name pun vampires diaries lau tkda cite pasal vampy bukan lah vampire diaries namanya kan. Aku sedaya- upaya mencari cite paling seram terutama di Malaysia ni. Aku tgh siasat pasal 1 hotel ni yg dikatakan ' keras '. Takpe buat masa ni korang layan lah cite dari salah seorang pendengar setia MJ12 ni. Aku ni ptg- ptg cmni dh ngantok. Hehe. Baca jangan sampai tak baca. ~
***
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Thu, 22 Mar 2012 21:42:04
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kanak-Kanak Kecil Dalam Pejabat

Salam KC,

Di sini saya ingin menceritakan mengenai pengalaman yang saya alami
hingga sekarang. Cerita ini taklah seram sangat. Cuma hanya ingin
berkongsi dengan anda sahaja. Saya sudah dua tahun bekerja di sebuah
pejabat di kawasan Raffles Place. Saya tidak terkena gangguan. Cuma
saya menyedari sahaja bahawa ada makhluk halus lain yang ada bersama
saya di dalam pejabat saya.

Saya selalu tiba di pejabat sekitar jam 6.30 pagi. Saya suka datang
awal kerana ada hal-hal urusan kerja yang tidak boleh saya buat semasa
pekerja lain ada di dalam pejabat. Pada waktu sedemikian, suasana di
kawasan Raffles Place sememangnya masih gelap dan belum ramai lagi
pekerja di pejabat. Pejabat saya pula terletak di tingkat sebelas dan
agak sunyi dan malap. Kerana sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian,
saya tidak terfikir apa-apa.

Pada bulan pertama saya mula bekerja, tidak ada apa-apa masalah,
gangguan ataupun kejadian aneh. Bulan berikutnya, perkara aneh mula
bermula. Setibanya saya di pejabat, saya menghidupkan lampu di bilik
mesyuarat sahaja. Saya biarkan saja kawasan meja saya gelap kerana
saya senang membuat kerja di dalam keadaan gelap dan sunyi. Senang
untuk saya menumpukan konsentrasi. Tidak ada orang yang mengganggu.

Sedang khusyuk membuat kerja di depan komputer, tiba-tiba terdengar
seperti seseorang sedang menggunakan komputer juga. Kibod komputer
dihentak-hentak. Bunyinya agak jelas. Saya pun tidak menghiraukannya.
Selepas itu terdengar pula seperti bunyi seseorang sedang bermain-main
dengan langsir plastik yang disangkut di tingkap pejabat. Saya pun
buat tak endah. Saya masih teruskan membuat kerja saya.

Saya teringat pesan orang tua-tua. Buat bodoh saja. Kita tak kacau
dia, dia tak kacau kita. Semakin lama, semakin kuat bunyinya. Tergerak
hati ingin menghidupkan lampu. Tapi saya lupakan sahaja. Saya
meneruskan kerja saya. Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak ketawa
seperti kesukaan sambil berbisik-bisik di antara satu sama lain.
Berdiri bulu roma saya.

Tetapi saya tetap tergerak hati ingin melihat apa sebenarnya yang
membuat bising. Bila saya bangun saja dari kerusi saya untuk menuju ke
ruang lain, bunyi itu hilang. Apabila saya menjenguk, tidak ada
apa-apa pun. Apabila saya pulang ke meja saya, terdengar bunyi budak
ketawa lagi. Di dalam gelap ditemani lampu yang datang dari bilik
mesyuarat, saya ternampak dua sosok bayang hitam. Ia seperti tubuh
kanak-kanak kecil di belakang sebuah tembok di dalam pejabat saya.
Wajah mereka kurang jelas. Entah macamana, tiba-tiba saya memberi
salam dan berkata, "Kau nak main, mainlah. Jangan ganggu aku bekerja.
Aku datang sini hendak mencari rezeki." Selepas itu saya pulang ke
meja. Terasa juga seperti ada yang melihat tetapi saya buat bodoh
saja.

Pernah seorang kawan saya, Yana, datang ke pejabat saya untuk menemani
saya bekerja. Dia berkata, "Babe, pejabat kau ni ada budak-budak eh?
Aku tengok mereka bermain-main di belakang tu." Kawan saya ni boleh
melihat apa yang kita tak nampak. Saya sudah terbiasa dengan perkara
ini semua. Saya pun menjawab kawan saya, "SShhh... Biarlah mereka
hendak buat apa di belakang tu. Asalkan tak ganggu aku sudah..." Kawan
saya Yana bersuara lagi, "Aiii??? Main jenguk-jenguk pulak???" "Mereka
ada di mana sekarang?" saya bertanya pada Yana. Yana pun menjawab,
"Tu... Belakang tempat bos kau duduk tu..." Selepas mendengar apa yang
Yana katakan, saya hanya tersenyum.

Hingga ke hari ini, masih kedengaran bunyi-bunyian yang aneh itu
walaupun di waktu petang, bermula pukul 12 tengahari jika tidak ada
orang.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment