Pages

Friday 23 March 2012

Kisah benar: Hantu atas kereta ~

***
Ni ade seram jugak cite ni. Bayangkan gile betul kat atas keta ade 'benda' tu! Fuhhhh! Kalau aku lah mau aku pecut mcm fernando Alonso bwk keta F1 tu. Yg sadisnya bdk ni main berhenti je bila pakcik tu suruh berhenti. Buatnya org tu ade niat jahat tak ke bwk padah namenya. Nasib die memang baik lah kan. BTW korang bace lah pengalaman dari seorg blogger ntah ape name ntah.huhu. ~
***




~ gambar diatas sah-sah bukan gambar sebenar,hiasan saje. TQ. ~
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Fri, 23 Mar 2012 21:19:25
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Kisah benar: Hantu atas kereta

Sekarang ni aku di kampung. Baru sampai petang semalam. Naik bas je.
Jumaat lepas aku dah drive sendiri nak balik kampung, tapi ada masalah
timbul lalu menyebabkan aku terpaksa balik ke Pasir Gudang dan
mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan dengan menaiki bas pada
keesokan harinya. Berbalik kepada tajuk di atas, pagi tadi mak aku ada
buka cerita seram yang menimpa jiran sebelah rumah kami ni:

Kejadiannya berlaku beberapa minggu yang lepas. Jiran aku ni
perempuan. Pada suatu malam, dia memandu dengan bertemankan seorang
lagi saudara perempuan dia dari Johor untuk ke Seremban. Waktu masa tu
dah agak lewat malam. Tak banyak kereta atas jalan. Jiran aku ni
memandu di lorong kanan highway tu. Masa sampai area Pagoh, ada kereta
di belakang yang bagi high-beam dan membunyikan hon pada mereka.
Menyangkakan yang kereta tu nak memotong, mereka pun masuk ke lorong
kiri. Tapi, kereta belakang tu pun ikut masuk lorong kiri dan terus
bunyikan hon. Jadi mereka pun ignore je dengan perbuatan orang
belakang tu dan terus memandu macam biasa. Mungkin bosan dengan reaksi
jiran aku ni, maka kereta belakang tu akhirnya memotong mereka. Tak
lama lepas tu, ada satu lagi kereta datang dari belakang dan
membunyikan hon pada mereka. Kemudian kereta tu masuk ke lorong kanan
dan membuka tingkap. Memandangkan yang pemandu kereta tu nampak macam
nak berkata sesuatu, jiran aku ni pun buka tingkap kereta dia. "Masuk
R&R depan tu nanti!" jerit pemandu kereta tu lalu terus memotong dan
memimpin perjalanan mereka hingga ke R&R Pagoh. Jiran aku ni ikut je
sebab mungkin orang tu nampak kereta dia ni ada apa-apa kerosakan dan
perlu diperbaiki segera. Sampai saja di R&R, kedua-dua kereta pun
berhenti di kawasan tempat letak kereta di situ. Jiran aku ni pun
keluar dan mendapatkan pemandu kereta tadi. Dia beranikan diri sebab
nampaknya kereta tu dinaiki satu keluarga dengan pemandunya seorang
pakcik. Pakcik tu keluar dari kereta dan menjelaskan pada jiran aku ni
yang sebenarnya sepanjang perjalanan tadi, dia nampak ada makhluk
berpakaian serba putih dengan rambut panjang mengurai bertenggek atas
kereta dia. Tu dia!! Kalau aku kat tempat jiran aku ni, silap-silap
boleh terduduk sebab ketar lutut. Makhluk tu mungkin dah hilang
sebelum sampai ke R&R tu. Lepas jelaskan perkara tu, pakcik tu pun
berlalu pergi. Jiran aku ni ambil masa berjam-jam untuk pulihkan
semangat dan teruskan perjalanan. Ini first time aku dengar cerita ni
betul-betul berlaku pada orang yang aku kenal. Gila!

No comments:

Post a Comment