Pages

Friday 23 March 2012

KISAH PALING SERAM - GENG BLOGGER.COM ~

***
Ni memang seram punya cite. Aku bace je terus boleh bayangkan. Eeeeiiii ngeri beb. Kalau korang ade pengalaman seram jangan lupe kongsi lah bersama di blog kami ni ye. Segala pengalaman seram korang memang kami alu- alu kan. Komen dan cadangan pun kami terima. Tetibe bulu roma aku berdiri tegak lah. Gggrrrrr. Dh lah tinggal sorang malam ni. Adusssss. Korang bace lah kisah dari geng blogger ni k. Semoga terhibur. ~
***
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Fri, 23 Mar 2012 19:47:46
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: KISAH PALING SERAM - GENG BLOGGER.COM

Intro
Balik ke kampung memang aktiviti rutin yang dilakukan oleh keluarga
bila cuti sekolah. Memang seronok dapat pulang ke kampung. Kampungku
di Felda Lasah. Kawasan felda.. tentulah dipenuhi dengan pokok kelapa
sawit. Jalan masuk ke kampung mengambil masa lebih kurang sejam dari
pekan Sungai Siput. Memang jauh... melalui jalan-jalan yang kadangkala
lurus.. kadangkala berbengkang bengkok. Semuanya tidak di endahkan
bila memikirkan kesoronokan untuk bertemu Opah tersayang dan sanak
saudara yang lain.

Dingin
Sebaik saja menjejak kaki di kampung, terasa kedinginan menyelubungi
diri. Rasa sejuk suasana di kampung menyucuk hingga ke tulang. Memang
suasana di kampung sungguh mendamaikan. Tidak seperti di Ipoh.
Namun... aku merasakan kelainan pada senja ini. Terasa bagaikan berada
di tempat asing. Mungkin telah lama tidak pulang ke kampung bisik
hatiku.

Berkumpul di bawah satu bumbung
Perasaan gembira di wajah Opah jelas ketara. Mana tidaknya, semua anak
dan cucunya berkumpul di bawah satu bumbung. Memang begitulah bila
"time" cuti sekolah. Pelbagai masakan yang di masak oleh Opah untuk
menjamu anak cucunya. Di tolak ketepi perasaan letih seorang warga
tua.

Wajah apakah itu?

Aku telah ditugaskan oleh ibuku untuk membantu sepupuku yang dipanggil
Yop memanggang ayam di luar rumah. Dalam suasana yang gelap... aku
mengintai ke luar mencari sepupuku. Dari kejauhan kelihatan
samar-samar cahaya api. Mungkin sepupuku sedang memanggang ayam di
situ. Berbekalkan lampu suluh ditanganku, aku melangkah keluar. Aku
menjerit-jerit memanggil sepupuku dan menyuluh ke arah mukanya.
Panggilanku tidak disahut... sebaliknya... aku mendapati aku sedang
menyuluh ke arah TENGKORAK yang sedang merenung tajam ke arahku. Ya,
Allah! Tak cukup tanah aku berlari masuk ke rumah. Aku tidak
menceritakan kepada sesiapa. Aku dapati yang sepupuku Yop sedang
bergelak ketawa bersama sepupu-sepupuku yang lain. Ayam panggang pula
telah siap terhidang.

Bunyi Langsuir
Malam itu, kebanyakan sepupuku tidur di dapur. Memang selalunya begitu
kerana rumah Opah hanya mempunyai sebuah bilik. Kami tidur
bergelimpangan. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Telingaku
terdengar bunyi sesuatu.. SIIIIIUUHHHH...SIIIIIUUHHHH...SIIIIIUUHHHH.
Bunyi itu berlegar-legar di atas bumbung rumah Opahku. Ku sangkakan
hanya aku seorang yang mendengar bunyi itu. Rupa-rupanya, sanak
saudaraku yang lain turut mendengarnya. Opah menunjukkan isyarat
supaya kami diam. Ibu saudaraku yang di panggil Maksu berbisik kepada
kami... 'HANTU LANGSUYOR' katanya. Kejut perut kami mendengarnya.
Sambil mata masing-masing merenung ke arah bumbung.. TIBA-TIBA..
TUMMMMM.. crrrak...crrrak..crrrak..
Makhluk itu hinggap dibumbung agaknya... sambil mencakar-cakar atap
zing rumah Opahku. Kami sanak saudara mengambil keputusan untuk naik
tidur di ruang tamu.


Diganggu lagi
Baru saja kami sekeluarga hendak melelapkan mata setelah mencuba
melupakan kejadian yang berlaku, kedengaran pula jendela kayu rumah
Opah di ketuk dari luar. 'TOK..TOKK..TOKKK'. Berulang-ulang. Semakin
lama bunyi ketukan semakin rancak sehingga mengegarkan rumah Opah.
Semua mengambil sikap mendiamkan diri. Akibat tidak tahan di ganggu
tiba-tiba sepupuku Yop bertindak menjerit sekuat hatinya. "Woi!!!
Kalau berani sangat muncullah!" dan dengan tiba-tiba sahaja... jendela
kayu pun KEDEGANG!!! TERBUKA LUAS. Menderu angin malam masuk menerjah
ke dalam rumah. Kami semua menjerit dan berpelukan. Memang rasa macam
nak pengsan ketika itu. Semangat ku benar-benar hilang. Syukurlah
tiada apa yang kelihatan. Hanya jendela kayu yang tertutup dan terbuka
akibat angin malam.


Menunaikan solat
Bapa saudaraku yang dipanggil Pakcik Din segera menutup semula jendela
yang terbuka. Dia menyuruh kami semua bertenang dan tidur. Bapa-bapa
saudaraku bersama-sama menunaikan solat. Akhirnya mata kami terpejam
juga. Bila bangun pagi.. masih kedengaran suara-suara bapa saudaraku
membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Siasatan
Setelah terbitnya matahari, sepupuku mengajak aku untuk melihat tempat
kejadian. Pokok puding yang di tanam depan jendela yang terbuka
semalam telah patah seperti telah dipijak sesuatu. Kerja HANTU RAYA
kata Opah. Aku juga turut pergi melihat tempat dimana TENGKORAK yang
ku suluh. Memang ada kesan terbakar di situ walaupun Yop aku menafikan
dia memanggang ayam di situ. Katanya.. gila apa nak panggang ayam di
luar malam-malam.

Kesudahan
Itulah pengalaman seram yang ku alami ketika remaja dulu. Kini,
kampungku semakin mengalami perubahan secara beransur-ansur. Opah pula
telah pergi menyambut seruan Illahi. Kini, sudah jarang sekali aku
bermalam di kampung. Apalagi setelah berkahwin dan mepunyai anak.

No comments:

Post a Comment