Pages

Sunday 25 March 2012

Kisah seram suami isteri ~

***
Kisah ni mcm kisah kat Karak kan? Tapi tkpe, aku share jugak dgn korang untuk menambahkan lagi rase seram korang pada malam ni...~
***
------Original Message------
From: insyirah shahrul zulkarnain
To: Aida 019
Subject: Kisah seram suami isteri di tepi jalan..
Sent: Mar 25, 2012 9:15 PM

Pernah dengar kisah ini? Ini kisah seram yang berlaku pada waktu
malam. Sepasang suami isteri membawa kereta di suatu lebuh raya. Suatu
ketika, kereta itu rosak. Dengan lampu yang masih menyala, kereta itu
diletakkan di bahu jalan. Si suami pergi ke hutan berhampiran, ke
sungai mencari air.

Lama sungguh! Si isteri terus sabar menanti. Tuk! Tuk! Tuk! Seperti
ada sesuatu mengetuk-ngetuk di atas bumbung kereta. Kemudian, datang
seorang penunggang motosikal, memandu perlahan, mendongak ke atas
bumbung kereta. Kemudian dia terus memecut laju motosikalnya.

Bunyi ketuk mengetuk makin kuat di atas bumbung kereta. Apa yang sudah
berlaku? Kenapa… penunggang motosikal itu melarikan diri?

Malam terus membangkitkan kesunyiannya. Tanpa bunyi cengkerik. Cukup
sunyi. Sesekali terdengar bunyi ketukan di atas bumbung kereta. Si
isteri tetap tabah menanti kepulangan suaminya…

Ya… si suami sudah lama pulang, tetapi tanpa badan. Kepalanya… berada
di atas bumbung kereta itu.

No comments:

Post a Comment