Pages

Saturday 24 March 2012

Mayat Bangkit!!! ~

***
Ni aku tak tau lah nak percaya or tak sebab aku tak pernah alaminya sendiri. Maybe betul and maybe ni just rekaan semata-mata. Kalau betul lah terjadi bnd ni mmg cukup Seram lah jika tak pendengar MJ12 ni memang kreatif lah bab reka cite ni. Ape-ape pun jom lah kita sama-sama hayati cite ni dan fikir sejauh mane kebenarannya tentang mayat bangkit. Semoga terhibur. ~
***


~ Gambar di atas hanyalah gambar hiasam sahaja. ~
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Thu, 22 Mar 2012 21:43:17
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Mayat Bangkit!!!

Salam DJ KC dan juga semua pendengar Misteri Jam 12.

Saya ingin berkongsi satu cerita yang berlaku di sebuah kepulauan di
Indonesia. Cerita ini telah diceritakan oleh seseorang penduduk pulau
tersebut. Nama pulau tersebut tidak akan saya sebutkan di sini.
Ceritanya berlaku pada tahun lepas (2011).

Ada sepasang suami isteri ini bakal menimang anak sulung mereka. Jadi
tiba hari si isteri hendak bersalin, suami beliau tidak ada
bersamanya. Untung keluarga yang lain dan jiran2 ada bersama isteri
ketika hendak bersalin. Keesokan hari baru suami beliau pulang dari
kerja tetapi isterinya belum lagi selesai bersalin. Keluarganya
memberitahu si suami bahawa isterinya menghadapi kesulitan untuk
bersalin, jadi mereka cadangkan supaya isterinya dibawa ke hospital,
tetapi suaminya ingkar dan tak mahu membawa isterinya ke hospital.
Setelah dua hari isterinya menahan sakit, akhirnya isteri dan anak
dalam kandungan tidak dapat diselamatkan. Kedua-duanya telah meninggal
dunia.

Adat-istiadat di kampung, jika seseorang wanita itu meninggal dunia
ketika bersalin, ada sesuatu yang harus dibuat ke atas jenazah
tersebut seperti meletakkan jarum di penghujung kuku jari beliau,
meletakkan telur di bawah ketiak, dan bunga di mulut. Pada malam hari
jenazah selamat dikebumikan, selepas waktu Maghrib, suami, seorang
ustaz dan beberapa orang kampung akan tidur dan menjaga kubur arwah
yang meninggal itu.

Masuk malam keenam mereka menjaga kubur itu, tiba-tiba ia gelembung,
seperti arwahnya ingin bangkit dari kuburnya. Orang-orang yang menjaga
kubur itu, lari kerana ketakutan, Cuma yang tinggal suami arwah wanita
itu dan ustaz sahaja. Nasib baik ustaz ada, beliau telah membaca
ayat-ayat suci dan melaungkan azan, tanah kubur tersebut pulang ke
asalnya. Jenazah atau arwah dapat diselamatkan dari bangkit menjadi
hantu atau Pontianak atau dikenali sebagai "Mati Anak" oleh
orang-orang kampung.

Rupanya di kampung tersebut ada seorang lelaki tua yang suka
mengamalkan ilmu hitam. Beliaulah yang menggunakan ilmu beliau untuk
cuba bangkitkan arwah tersebut supaya menjadi khadamnya. Setelah itu
beliau telah dihalau dari kampung tersebut. Setelah itu barulah aman
kubur arwah itu dan tidak perlu lagi orang menjaga kuburnya.

No comments:

Post a Comment