Pages

Tuesday 27 March 2012

Pengalaman Warden Sekolah ~

***
Pekerjaan ni lah yang selalu diganggu kan. Ramai jugak kekawan aku yg cite kat aku. aku jarang borak dengan pak warden ni semua , so maybe sebab tu aku tak dapat info yg macam saudara\saudari yg punya kisah ni kan. Tu belum pengawal keselamatan punya pengalaman lagi kan? Pulak kalau yang jaga kawasan yg sedang dibina atau yg dah lama dibiarkan kosong. Pehhh confirm serammm punya lah. ~
***
~ wowwAida!!! ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Mon, 26 Mar 2012 22:40:33
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject:

Kisah di dorm:-
Sebagai ingatan kepada mereka yang pernah belajar di sekolah berasrama..
Jam pada waktu itu menunjukkantepat 3.15am... Suasana di dorm lelaki
sunyi sepi hanya kedengaran bunyi dengkuran para pelajar...
Sememangnya tugas aku sebagai warden di sekolah itu utk meninjau
keseluruh kawasan asrama..
Cuaca pada malam hari itu sungguh sepi... Tiba-tiba guruh di langit
bergegar kuat, sambil terpancar cahaya kilat dari celah-celah awan
malam itu.. Sungguh menakutkan dan aku tenangkan hati dengan bacaan
surah2 dari Alquran.. Tiba2 ""Tttooollloonn nnggg aaaakkkuu"" Aku
kedengaran suatu suara dari arahdorm yang berada dibahagian belakang
surau sekolah... Sememangnya dorm yang diberi nama Panglima itu selalu
di didatangi suara-suara yang sedemikian rupa ... Lalu aku
menyampaikan berita tentang suara itu melalui telifon kepada pengawal
yang bernama Ramlee dipost nombor 2...
Aku. : hello Ramlee..
Ramle : ye helo ..post 2 bercakap..
Aku : haa.. Hang try pi tgk dorm panglima...
Ramle : haa ok3x.. Tp pasai apa wey??
Aku : hang tak dengaq ka bunyi suara orang sat-sat td..
Dengan tiba-tiba talian terputus... Aku yang agak marah dangan
tindakkan Ramle itu terus mengambil kunci dorm panglima dan melangkah
kaki ke arah past 2 untuk mendapatkan Ramlee .. Setibanya aku di post
2 tersebut , terus pintu post di buka dan aku agak bingung sedikit..
Kerana ramlee tiada di post pada masa itu... Kemarahan ku bertambah
berapi.. Aku
Yang sedang marah terus melangkah kaki ke arah dorm panglima...
Hujan renyai-renyai mulai menitis ke bumi , kilat sabung menyabung...
Penjalananku yang semakin hampir dengan kawasandorm panglima tiba-tiba
terasa berat... Hatiku semakin berdegup kencang.. Namun dgn bebekalkan
ayat kuqsi, langkah ku teruskan jua... Hati Aku bertambah berdebar
bila saat untuk membuka kunci dorm panglima A... Namum kerana
memikirkan keselamatan para pelajar aku gagahkan tangan ku.. Pintu
dorm panglima A terbuka luas.. Aku perhatian dari katil ke katil para
pelajar.. Setelah yakin semua pelajar dorm A selamat.. Aku beralih ke
dorm panglima B..
Kali ini hati ku tenang dan sedikit lega kerana kedua dua dorm A dan B
dalam keadaan baik.. Namun masih ada satu dorm yangmasih belum di
periksa.. Dorm panglima C ... Dorm tersebut memiliki sejarah pelajar
mati gantung diri.. Namun memikirkan ini sebahagian dari tanggungjawab
ku.. Aku terus gagahkan kaki melangkah ke Dorm C... Hujan mulai lebat
waktu itu.. Jam di tangan ku lihat menunjukkan jam 3.45am.. Dan
langkah ku terhenti seketika ...
""Tolonggg aakuuu""
Aku dapat mengagak arah suara tersebut.. Suara yang agak berbisik itu
datangnya dari arah Dorm C.. Secepat mungkin aku membuka kunci bilik
tersebut.. Dan setelah pintu di buka.. Aku dapati semua pelajar sedang
lena di buai mimpi.. Seketika itu suasana tenang.. Sunyi dan sepi...
Hati ku merasa gundah.. Mungkinkah aku sedang dipermainkan?? Berbagai
soalan berada dibenak hati ku..
Setelah selesai memeriksaan dormC tersebut... Aku pun berniat utk
berlalu dari situ... Pintu dorm C aku rapatkan.. Namun belum pun
sempat aku merapatkan pintu dorm berkenaan.. Suara aneh yang meminta
tolong sekali lagi kedengaran.. Dengan rasa marah dan berfikiran ada
pelajar yang mahu mengenakan diri aku.. Terus aku membuka pintu luas
luas dan menyalakan lampu...
Terdiam seketika aku bila aku dapati.. Katil di hujung sebelah kiri..
Kelihatan sebujur tubuh yang di bungkus bagaikan pocong terbaring
disana.. Aku menjadi gugup.. Kaki ku bagaikan melekat di simen dorm
C... Hanya Tangan yang mampu bergerak tika itu... Dgn kekuatan yang
ada di dada.. Ku bacakan surah kuqsi... Tangan ku terus menarik
selimut salah seorang pelajar di dalam dorm itu.. Ku cuba kejutan
pelajar tersebut.. Namun cubaan ku gagal... Akhirnya Ramlee yg lengkap
berpakaian baju hujan dan juga topi keledar masih di kepala memaut
tubuh kejang ku.. Aku rebah dan terus pengsan..
Pada hari esoknya aku sedar semula.. Semangat ku dipulihkan oleh
seorang ustad yang mengajar di sekolah berkenaan.. Lalu aku
menceritakan segala kejadian yang menimpa diri ku kepada ustad
tersebut.. Ramlee agak kebingungan selepas aku menceritakan perihal
panggilan telifon dan ketiadaan beliau di post 2 .. padahal beliau
sedang duduk dan memerhatikan aku yang agak marah bila tiba dipost 2
semalam, kata Ramlee lgi, beliau tidak m'dengar sebarang bunyi aneh..
Sepertimana yg aku cerita td..

#Kisah ini diceritakan oleh warden di sebuah sekolah kepda saya.. :-)

2 comments:

  1. selama duduk asrama cukup banyak pengalaman macam ni.

    ReplyDelete
  2. Vampires is not at all like in the movies or books. Sure, I understand. You are young you have the whole world open to you. You can be anything that you choose if you apply yourself and try hard to work toward that goal. But being a Vampire is not what it seems like. It’s a life full of good, and amazing things. We are as human as you are.. It’s not what you are that counts, But how you choose to be. Do you want a life full of interesting things? Do you want to have power and influence over others? To be charming and desirable? To have wealth, health, and longevity? contact the Vampires Lord on his Email: Richvampirekindom@gmail.com

    ReplyDelete