Pages

Saturday 24 March 2012

siapa yang aku tengok? ~

***
Fuhhhhhh..agak seram jugak kisah ni. Kalau aku takkan nak pegi tgk lah bnd2 cmtu. Baik aku tido lg bagus. Pengalaman kakak ni best. Jommm baca. ~
***


~ Gambar di atas hanyalah gambar hiasan ~
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Fri, 23 Mar 2012 21:32:47
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: siapa yang aku tengok?

Dalam awal tahun lepas, aku diajak pindah ke rumah ibu mertuaku oleh
suamiku..tambahan rumah tu dah lama kosong..adik2 iparku jarang pulang
kerumah kerana jarak tempat kerja dan rumah agak jauh..ibu mertuaku
pula dah pindah ke kampung..satu hari tu, aku melakukan rutin harian
ku, lepas basuh pinggan aku memulakan tugas untuk masak lauk tengah
hari. waktu tu suamiku dah keluar bekerja. tinggal adik iparku yang
sedang tidur didalam bilik ditingkat atas..sewaktu aku menggoreng
ayam, tekak aku rasa dahaga sangat..aku pun mengambil secawan air..

Ketika tu tv di ruang depan sedang menyiarkan iklan.aku meneguk
air..tiba2 aku ternampak lembaga hitam muncul dihadapanku sekali
imbas..hampir terlepas cawan ditanganku..dengan dada yang berdebar -
debar aku menjenguk ke ruang hadapan, tiada sesiapa, hanya tv yg
sedang bersiaran..aku tak puas hati..mungkin adik iparku..lalu aku
naik keatas, dia sedang nyenyak tidur sambil berdengkur..tak mungkin
dia yang turun..aku termangu sendiri..lepas debar di dada ku hilang
aku meneruskan tugas aku kembali..petang tu suamiku balik, aku
ceritakan apa yang terjadi, suamiku hanya diam..malam tu, lepas je
dinner, aku terus siapkan tempat tidur..

Habit suamiku dia suka tengok tv sampai tertidur..jadi tidur kat ruang
tamu je..adik iparku pula da keluar lepas makan tadi..entah pukul
berapa aku terlelap aku tak perasan. dalam pukul 3 lebih aku terjaga.
tv dah tertutup cuma lampu dapur yang terbuka.aku dengar bunyi pinggan
berlaga kat dapur. mungkin adik iparku minum air fikirku memandangkan
aku nampak kelibatnya di dapur..lalu ku sambung tidurku. tak sampai 15
minit aku melelapkan mata aku dengar orang mengetuk pintu sambil
memberi salam..aku bangun lalu menuju kepintu, aku selak langsir dan
adik iparku berada diluar..aku buka pintu..aku tanya dia baru balik
ke..die cakap iya..dia keluar dengan tunangnya tadi..

Lepas dia naik keatas aku menutup kembali pintu dan menuju ke tempat
pembaringanku tadi, masa nak terlelap tu aku terfikir sesuatu, kalau
adik iparku baru balik, siapa yang duduk kat dapur minum air tadi?
kalaupun dia yang masuk sebelum ni, bila masa dia keluar balik dan
kunci pintu..dan seingat aku pintu rumah aku dah lock dari dalam
sebelum aku tidur tadi, jadi tak mungkin dia dapat buka dan tutup
balik..tak semena2 bulu roma aku naik..langsung tak boleh
tidur..akibatnya, pukul 4 pagi rumah aku dah terang benderang sebab
insiden tadi..agaknya, siapalah yang aku nampak tu?

No comments:

Post a Comment