Pages

Saturday 24 March 2012

Terserempak Kakak Cantik Sewaktu Bertugas!!! ~

***
MJ12 tak habis-habis dengan kak pon ni. No comment lah. Korang bace lah salah satu kisah yang terjadi di singapore ni. ~
***
~ aida ~

-----Original Message-----
From: insyirah shahrul zulkarnain <insyirah23@gmail.com>
Date: Thu, 22 Mar 2012 21:39:17
To: aida gorgeous<aidagorgeous19@gmail.com>
Subject: Terserempak Kakak Cantik Sewaktu Bertugas!!!

Assalamualaikum KC dan Dzar,

Sebagai pegawai keselamatan, ada beberapa pengalaman misteri yang
telah saya lalui. Antara pengalaman-pengalaman itu, kisah seterusnya
ini masih segar dalam ingatan saya. Kisah yang ingin saya ketengahkan
terjadi lebih sebelas tahun yang lalu, semasa saya baru saja
berkecimpung dalam pekerjaan sebagai seorang pegawai keselamatan, di
sebuah perusahaan, disingkatkan kepada huruf LSS.

Perkara ini terjadi hanya sebulan selepas saya mula bertugas di
kondominium di kawasan Bishan. Waktu itu saya berumur 21 tahun dan
ditugaskan pada syif malam bersama tiga lagi pegawai yang lain.
Kondominium ini terletak di daerah stesen MRT Bishan. Di kondominium
tersebut mempunyai 21 sudut catatan ("clocking checkpoints") yang
harus kita buat setiap malam.

Kisah ini berlaku semasa saya sedang membuat rondaan sekitar pukul 2
pagi. Sudut pertama bermula di pondok pengawal. Semasa saya menuju ke
sudut kedua dan ketiga, saya tidak rasa apa-apa. Untuk menuju keempat,
saya harus melalui di kawasan barbeku yang gelap kerana lampu di
kawasan itu telah dimatikan tepat pada jam 10 setiap malam. Saya
terasa seperti ada yang tak kena, kerana perasaan saya seperti ada
orang sedang melihat setiap gerakan saya. Niat di hati macam nak patah
balik, tapi terfikir setiap sudut yang tidak saya catat rondaan saya,
saya akan disaman $10. Mahu tak mahu, saya pun teruskan menuju ke
sudut keempat. Saya mula terasa seperti ada orang sedang mengikuti
saya dari tepi. Bila saya toleh, saya tidak melihat apa-apa. Selepas
melakukan catatan, tiba-tiba saya terasa angin kecil meniup dari
sebelah kanan saya. Meremang bulu roma saya tapi saya tidak melihat
apa-apa. Dengan pantas saya pun bergegas ke sudut yang seterusnya.

Jarak sudut catatan keenam dan ketujuh jauhnya sekurang-kurangnya 300
meter. Untuk pengetahuan para pendengar, saya harus melalui dua
gelanggang tenis dan gelanggang golf kecil untuk sampai ke sudut
ketujuh yang ditempatkan di kawasan khemah gazebo. Dalam perjalanan
saya menyeberangi gelanggang tenis itu, saya seperti terhidu bau yang
kurang elok. Saya fikir ada binatang yang mati di kawasan itu, lalu
saya pun memanggil pegawai yang lain melalui alat walkie-talkie tetapi
tiada jawapan dari mereka.

Tiba-tiba, dalam jarak saya sekitar 200 meter dari kawasan khemah
gazebo, saya terlihat seperti ada susuk tubuh seseorang yang sedang
duduk di sana. Dalam hati kecil saya, saya tertanya mungkinkah itu
salah satu daripada penduduk kondominium yang sedang mengambil angin?
Setibanya saya di gelanggang golf kecil, bau yang kurang elok itu
semakin kuat! Yang membuat saya hairan, bagaimanakah orang itu sanggup
duduk di situ padahal saya sendiri tidak boleh tahan bau yang teramat
busuk itu???

Semakin saya mendekati khemah gazebo itu, saya memandang tajam ke arah
orang itu. Apabila jarak di antara orang itu dengan saya lebih kurang
20 meter, terkejut beruk saya! "Astaghfirullah..." Orang yang sedang
duduk itu berpakaian serba putih dan Masya-Allah, rambutnya panjang
hingga ke lantai menutupi mukanya! Itulah pertama kali saya melihat
benda itu dari jarak yang dekat. Lutut saya terasa longgar dan jantung
saya berdegap-degup dengan kuat! Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya
pada waktu itu. Kali kedua saya cuba memanggil pegawai di pondok,
tetap tiada jawapan dari mereka.

Yang membuat saya seram ialah untuk membuat catatan di sudut
seterusnya, saya harus melintas lalu sebelah si dia!!! Hendak tak
hendak, mahu tak mahu, saya terpaksa cekalkan hati dan terus jalan
tanpa memandang balik ke arah kakak cantik itu. Bau bangkai semakin
dahsyat sehingga saya tidak dapat menahan. Lepas saja membuat catatan
dan tanpa berfikir panjang, saya terus cabut balik ke pondok pengawal
tanpa menghabiskan di sudut yang lain. Sampai saja di pondok pengawal,
saya pun memberitahukan kepada penyelia yang saya tidak dapat
melanjutkan rutin catatan itu.

Yang peliknya, penyelia saya itu tidak bertanya panjang dan seperti
sudah faham apa yang saya baru melalui. Selepas kejadian itu, satu
minggu saya tidak dibenarkan pergi untuk membuat rutin catatan. Lima
bulan saya bekerja di kondominium itu, sebelum saya dipindahkan ke
tempat baru. Untuk pengetahuan para pendengar, khemah gazebo ini
seperti pondok kecil yang terletak di hujung kawasan kondominium itu.
Sekarang dah sebelas tahun saya bekerja sebagai pegawai keselamatan, 6
tahun syif malam dan 5 tahun syif pagi di perusahaan yang sama.

1 comment: