Pages

Sunday 1 April 2012

Bayi Misteri Di Kereta Suzie ~

Kenyanggg sungguh perot aku sekarang ni..rasa malas pulak nak lipat kain ni. Sekarang JB hujan pagi je tu yg kain baju di ampaian tak boleh nak kering..hari ni aku masak ayam masak merah..nyummmmmyyy memang sedap hingga menjilat jari..


Hari ni aku nak kongsi salah satu pengalaman seram aku..kejadian ni berlaku pada tahun 2009..ketika tu aku menaiki kereta kawanku, suzie menuju ke KL. Aku ni dari dulu pun turun naik KL. KL dah mcm rumah kedua bagi aku.boleh dikatakan every weekand aku akan menghabiskan masa aku disana..masa tu jam 10pm, aku dan suzie bercadang bertolak malam sikit sebab nak tunggu highway tak banyak kereta sangat. Suzie kalau bawa kereta mana suka keadaan yang sesak, so aku pun setuju je. Aku kan sempoi.hehe

Malam tu aku dan suzie bertolak lah dari rumah jam 10pm. So aku dan suzie agak keletihan juga sebab pagi tu kan kami terpaksa bertugas..tanggungjawap tu. Aku dam suzie banyak berceloteh dalam kereta sebab aku tak nak suzie ni rasa mengantuk. Bahaya la kalau bawa kereta ketika dalam keadaan mengantok..sedang kami berborak tetiba kami terhidu bau yang sangat lah busuk. Aku dah start tutup hidung sebab tak tahan sangat dengan bau itu, seperti bau najis. Suzie buat tak tau je aku tengok. Siap boleh menyanyi-nyanyi lagi tu..


Aku fikir mesti bau tu datang dari luar sebab kami buka tingkap..tapi makin lama makin kuat baunya sehingga aku hampir pitam!! Aku pun tanpa sengaja melihat kebelakang, untuk memeriksa mana tau ade najis kucing ke apa ke sebab suzie ni bela banyak kucing. Alangkah terkejutnya aku sebab aku nampak bayi yang tak bergerak lagi, mcm dah pucat je muka bayi tu di tempat duduk belakang. Aku terus menutup muka aku dgn kedua tapak tangan aku. Aaarrrrgghhhh!! Aku menjerit kerana ketakutan.


Suzie terkejut dan terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Aku pun menerangkan kepadanya apa yang aku lihat dan apa yang aku hidu sebentar tadi. Dia hairan sebab dia tak nampak dan tak mencium ape-ape bau pun dari tadi. Aku dh semakin kehairanan. Tapi tadi memang aku nmpak bayi tu tapi bila aku dan suzie memeriksa sekali lagi bayi itu sudah tiada di tempat duduk belakang!!! Suzie ketawakan aku dan mengatakan yang aku ni banyak sangat berangan tapi memang betul aku bau dan nampak bayi itu!!!


Sejak hari tu, aku membuat keputusan untuk menaiki bas sahaja jika ingin ke KL..tak sanggup aku nak naik kereta or tumpang kekawan aku lagi..untuk pengetahuan korang, dua kali aku dah kena benda-benda macam ni bila menumpang kereta suzie.. Jadi tobat aku tak nak dah naik kereta die or kekawan aku yang lain.

No comments:

Post a Comment