Pages

Tuesday 3 April 2012

Misteri Sebuah Keluarga India Mati Dibunuh Di Johor Bahru ~

Pada suatu masa dahulu( tahun bila aku lupa tapi lebih dari 5 tahun la kejadiaan itu berlaku) pernah gempar kejadian pembunuhan yang berlaku di JB.. Melibat kan keluarga india..mereka mati dibunuh secara kejam oleh kenalan mereka. Dari atuk sehingga cucunya pun mati dibunuh. Memang zalim pembunuh tersebut..cara kematian mereka memang ngeri. Ade yg ditikam dan ada pula yang dikelar..7 orang mati serentak dalam satu rumah dan yang paling pelik mereka ditanam sebaris! memang ngeri..kebetulan kubur tu berada berdekatan rumah aku. Tak sampai 15minit kalau naik kereta dah boleh nampak kubur mereka tu..

kubur tu betul-betul berada berdekatan dengan kawasan perindustrian di Tebrau, JB. Kalau orang JB mungkin tau la..sebelah kubur tu ada warung-warung makanan..kalau malam memang aku seram nak pandang ke arah kubur mereka..ramai orang tak tau itu adalah kubur mangsa pembunuhan kejam tu tetapi ada segelintir yang mengetahui betapa seramnya kawasan itu bila matahari sudah terbenam..


Pernah dulu sewaktu kejadian itu baru berlaku, ramai pemandu teksi yang di ganggu di kawasan itu..kekadang dieorang nampak ada satu family india tahan taxi bila dah tgh malam. Pemandu taxi yg dah tau mesti takkan berhenti tetapi bagi yang tidak mengetahuinya pula yang sentiasa kena gangguan mcm ni..memang bermacam-macam cite aku dgr tentang kawasan ni.ade yang nampak budak india main bola kat kawasan kubur tu masa tgh malam..fikir la siape yang nak main kat kubur malam-malam kan..


Kebanyakkan yang diganggu memang pemandu teksi. Sebab maybe mereka kerja sampai lewat malam tu yang dieorg ni byk gile pengalaman-pengalaman seram..pernah juga seorang nenek berbangsa india yang menahan teksi selewat 1 pagi!! Yang teruknya pemandu teksi tu blh pulak berhenti..maybe dia ingat orang tua tu betul-betul perlukan teksi untuk pergi keman-mana or balik umah kot.bila kawan-kawan pemandu tu bertanya kat abang driver tu pada keesokkan harinya, die mengatakan hasratnya untuk berhenti dari membawa teksi!!dia cakap sumpah die betul_betul takot sampai nak terberak dalam seluar sebab dia cakap die nampak leher wanita tua itu terkulai hampir putus di tempat duduk belakang teksinya itu!!!!mau tak ngeri mcm tu kan..tobat abang ni memang takkan bawa teksi lagi..


Tempat-tempat macam ni seeloknya tak payah lah kita lewati kalau tak ada kepentingan kan..budak-budak kilang yang berkerja berdekatan kubur tu pun selalu mendakwa terlihat macam-macam perkara seram dan aneh didepan matanya..budak kilang kat situ confirm selalu kena ganggu punya sebab kilang tu beroperasi 24jam..sesiapa yang tinggal di kawasan tebrau pasti mengetahui kisah ini..ini bukan rekaan semata-mata tetapi ini lah yang pernah terjadi di kawasan angker itu..


( Gambar diatas hiasan semata-mata )

10 comments:

  1. ni mmg btl jadi laaa, i pernah lalu kawasan tu

    ReplyDelete
  2. yup. me too. mmg seram

    ReplyDelete
  3. seramnya jadi pemandu teksi.....hint

    ReplyDelete
  4. Kwsn mane ek?? Nk try la g siasat..

    ReplyDelete
  5. umahh diaorg dlu kat tmn jhr jaya jekk..tp skg umah tu da jadi tokong..org2 melayu rmai dtg dok muja no ekorr..tp serius stoory blog ni cter mmg btoll..da lama kes diorg ni umah tu ksong pastu ada org msuk sewa..pling lama btahan dok umah tu 2malam jerr..ada bdk bujang bgun tdo sdar2 bwh pkok pisng dpn umahh tuu..org india kn ske wat kbunn don umahh..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya kisah India satu family mati kena bunuh ni sebab tak bayar duit gaji pekerja dia yang mana waranegara Bangladesh.. Dengar kata dah berapa bulan dia tak bayar.. Maybe Bangla tu perlukan duit untuk hantar kat kampung wife dia sakit ke, anak sakit ke apa tu not sure laa.. Dia geram da bunuh je taukey dia ngan anak dia semua.. Maybe duit tak dpt nak hantar ke kampung sampai ada yg memerlukan dekat sana mati itu tak pasti.. Kan berita ni pernah masuk paper pasal bangla bunuh majikan dia satu keluarga.. Check balik..

    ReplyDelete
  7. ari2 lalu kubur ni. x de apa yg menyeramkan...

    ReplyDelete
  8. JOHOR BAHRU 1 Ogos - Polis telah menahan reman tiga lelaki bersabit dengan kes pembunuhan kejam tujuh sekeluarga di Taman Johor Jaya dekat sini Sabtu lalu.

    Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruddin Mohd. Ismail berkata, salah seorang daripada mereka dipercayai mempunyai hubungan keluarga kepada mangsa dan seorang lagi warga asing.

    Katanya, lelaki pertama berusia 28 tahun ditahan pada petang Sabtu lalu dan kini direman sehingga 12 Ogos ini.

    ``Lelaki kedua, berumur 30 tahun ditahan di sebuah restoran di Taman Johor Jaya, dekat sini semalam.

    ``Pada sebelah petang pula, kami telah menahan lelaki ketiga yang merupakan warga asing. Lelaki tersebut yang berumur 35 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Cemerlang, Hulu Tiram, dekat sini,'' katanya.

    Kamaruddin berkata, kedua-dua lelaki tersebut direman hingga Rabu depan.

    Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, di sini hari ini.

    Pada Sabtu lalu polis menemui tujuh orang termasuk lima wanita daripada sebuah keluarga yang mati dibunuh dengan kebanyakan mangsa dikelar di bahagian leher.

    Mayat mereka ditemui pada kira-kira pukul 8.15 malam di kediaman mereka, di Jalan Bakawali 21, Taman Johor Jaya, di sini.

    Mangsa dikenali sebagai S.Muniandy, 71, B. Vasagi, 27, Magala Gowri, 42, S. Perumah, 49, S. Suppiah Amudavalli, 45, dan S. Ramayee, 65.

    ``Tangkapan tersebut hasil temu bual kami dengan 12 orang yang kami rasa boleh membantu siasatan berhubung pembunuhan tersebut. Kesemua mereka (yang ditemu bual) terdiri daripada jiran-jiran dan rakan-rakan mangsa,'' kata Kamaruddin.

    Berikutan itu kata beliau, pihaknya menerusi Pasukan Petugas Khas yakin dapat menyelesaikan kes tersebut dengan seberapa segera.

    Menjawab satu pertanyaan Kamaruddin menjelaskan, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada pakar forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) berhubung punca kematian ketujuh-tujuh mangsa tersebut.



    Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm#ixzz41Kp5xVsm
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  9. I dah pun tengok rumah mangsa.

    ReplyDelete