Pages

Saturday 7 April 2012

Pemandu Lori ~

Kisah kali ni adalah pangalaman dari salah seorang rakan adik iparku..aku pun sebenarnya cukup takot nak taip ni tapi aku nak juga berkongsi cerita ini dengan korang..kawan adik ipar aku ni namanya saiful dan ceritanya bermula apabila...


Saiful adalah seorang pemandu lori.ala lori yang besar-besar macam lori traler tu( tak tau ejaan aku betul tak)..hari kejadian tu dia ditugaskan untuk menghantar muatan itu ke melaka..malam tu dia bergerak dari tempat kerjanya pada pukol 10malam, bukan apa dia tak nak terlambat menghantar barang-barang itu kerana mengikut kata managernya barangan ini urgent dan harus sampai sebelum subuh.. Jadi saiful ni pun memandu lorinya itu dengan cermat..

Dia memandu seorang diri kerana kawannya tidak dapat mengikutnya kerana terpaksa mengambil MC kerana demam yang agak teruk. Malam tu adalah malam jumaat..sebelum tu kawannya ada berpesan kepada saiful supaya jangan pernah berhenti jika ada sesiapa yang menahan lorinya bila tiba di pagoh, jalan terus sahaja..tetapi saiful tidak menghiraukan pesanan rakannya itu kerana baginya itu semua itu tahyul dan tak patut di percayai..

Dia pun memandu tanpa berfikir apa-apa. Yang pasti dia hanya ingin cepat ke destinasi yang ingin ditujuinya..saiful hanya memasang radio di lorinya dengan suara yang perlahan untuk menahan matanya dari mengantuk..bekalan makanan dan minuman yang disediakan oleh isterinya masih tidak diusik..die menjeling jam ditangan.." Ah, baru pukul 11.30 rupenya", keluhnya sendirian..saiful meneruskan perjalanannya dan sampai sahaja di pagoh...

Dalam samar-samar dia melihat kelibat 3 orang yang berada di tengah-tengah jalan..dia memerlahankan pemanduannya dan diamatinya kelibat itu adalah seorang wanita pertengahan umur,seorang budak perempuan berusia sekitar 13tahun dan seorang budak lelaki mungkin berumur 5 tahun..saiful terus teringat akan pesanan rakannya pagi tadi.Dia terus meneruskan pemanduannya dan tidak menoleh ke arah mereka yang menahan lorinya itu.lepas je dari tempat dimana lorinya ditahan, dia memandang side mirror orang-orang tadi sudah tiada di situ dan alangkah terkejutnya dia apabila ketiga-tiga mereka berada bersebelahan dengannya!!!

Dia terkejut lantas tidak dapat mengawal pemanduannya dan terus terbabas dan mengami kemalangan kerana panik dan tidak dapat mengawal lorinya itu..selepas sebulan kejadiaan itu barulah saiful menceritakan pengalaman itu kepada adik ipar aku..tetapi selepas kejadian itu dia tidak berani untuk melalui kawasan itu lagi kerana ini bukan mitos tetapi ini adalah kisah benar yang selalu berlaku kepada pemandu lori yang membuat perjalanan pada waktu malam..dia agak menyesal kerana tidak mempedulikan nasihat rakannya itu dan ingat lah..setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahui segala kejadian dan kejadian yang berlaku hanya dengan izin-NYA sahaja.

3 comments:

  1. nasib baik x apa2. bg sesiapa memandu lori pada wktu malam berhati-hatilah.

    ReplyDelete
  2. sabar jelah...nasib baik takde pape...

    ReplyDelete
  3. Diowg nk g memane kot sb tu nk tumpang je owg..belaku kt kwsan karak ke??

    ReplyDelete